Sekitar beberapa minggu lalu, Netflix tampil dengan filem baharu terbitan Netflix Original berjudul “Bird Box” yang dilakonkan heroin hebat, Sandra Bullock.
Ia berkisarkan bagaimana masyarakat setempat di Amerika yang terlibat dengan virus ganjil menyelamatkan diri mereka, agar tidak mati begitu sahaja apabila bertentangan mata dengan makhluk halus yang tidak diketahui rupa fizikalnya itu.
Tonton Trailer Filem Netflix Original “Bird Box”
Untuk itu, bagi mempertahankan nyawa, seseorang individu itu tidak boleh mempunyai hubungan dengan dunia luar dan jikalau ingin keluar, mereka perlu berpandukan deria pendengaran sahaja dengan menutup mata kerana virus itu hanya akan terkesan pada mereka yang “melihat”.
Malah, antara cara lain yang mereka boleh gunakan untuk mengesan kehadiran makhluk halus itu adalah dengan menggunakan burung.
Tanpa disedari, ia kini menjadi fenomena di luar negara apabila ramai antaranya mengambil peluang untuk menyertai cabaran yang dipanggil “Bird Box Challenge” ekoran terikut-ikut perbuatan seperti yang digambarkan dalam filem tersebut dan ini mungkin membahayakan nyawa individu yang terbabit.
Tonton Youtuber Popular Morgan Adams Lakukan “Bird Box Challenge”
Umpama mengundang padah, mereka yang melakukan cabaran itu perlu menutup mata mereka bagi melakukan kerja-kerja seharian menjadikan ianya langsung tidak masuk akal kerana mana mungkin manusia biasa seperti kita menyelesaikan tugasan tanpa melihat dan cuma berpandukan pendengaran.
Can’t believe I have to say this, but: PLEASE DO NOT HURT YOURSELVES WITH THIS BIRD BOX CHALLENGE. We don’t know how this started, and we appreciate the love, but Boy and Girl have just one wish for 2019 and it is that you not end up in the hospital due to memes.
— Netflix (@netflix) January 2, 2019
Netflix akhirnya mengeluarkan amaran agar individu yang berkenaan berhenti daripada terus menyebar cabaran tersebut supaya tidak berlaku sebarang tragedi yang tidak diigini sehingga mugkin meragut nyawa.
Perkara ini menjadi lebih serius apabila ia terus-menerus menjadi ikutan, bahkan ada antaranya memuat naik rakaman mereka melakukan cabaran tersebut seolah-olah untuk mempromosikan agar lebih ramai membuat cabaran tersebut.
Video Bayi Terhantuk Gara-Gara Main “Bird Box Challenge”
https://twitter.com/birdboxmemes/status/1078251314331639808?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1078251314331639808&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.narcity.com%2Fentertainment%2Fwhat-is-the-bird-box-challenge-and-why-netflix-issued-a-warning-telling-canadians-not-to-try-it
Nampaknya filem “Bird Box” berjaya buat ramai orang jadi obses. Penulis sendiri pun kagum dengan jalan cerita yang dipamerkan filem ini. Korang dah tonton belum?