Masuk sahaja 2019, ramai yang sudah ternanti-nanti produk kecantikan atau mekap yang bakal dikeluarkan tapi ramai yang lupa tentang trend baru akan datang.
Jika tahun lalu mainan solekan penuh dengan warna-warni dan solekan berat seperti anime, dolly look dan cut-crease. Dari pemerhatian Wanista, 2019 mekap minimalis kembali menjadi pujaan ramai. Ini kerana rata-rata daripada kita mahukan kulit yang lebih sihat berbanding mekap yang tebal.
Bukan itu sahaja, mekap malar segar juga sudah mendapat perhatian semula. Jadi, sedia untuk 2019?
Bibir berkilat
Lupakan gincu matte yang kadang beri kesan bibir kering dan merekah pada penghujung hari. Sekarang oleskan lip gloss kamu untuk mendapatkan efek segar wajah. Pemakaian lip gloss juga membantu bibir kekal hidrasi dan bermaya!
Foundation nipis
All the way to a better skin! Mulakan dengan langkah pemakaian bedak asas yang nipis. Jika anda mempunyai cela seperti parut dan lingkaran gelap bawah mata, cuba berani untuk titipkan concealer. Teknik sebegini membolehkan anda untuk kurangkan saiz penggunaan foundation. Cadangan Wanista, ganti foundation dengan Bb cushion. Baca: Si Kulit Berjerawat Lebih Baik Pakai BB Cushion Berbanding Foundation
Mainan warna coral
Warna coral atau dikategorikan kepada warna peach adalah warna rasmi bagi tahun 2019! Sinonim dengan gaya mekap tipis dan ringkas, warna ini mampu memberi solekan yang ringkas tapi memikat. Baca: Seleksi Gincu Nude Peach, Rona Bibir Paling Ayu Dan Natural…
90’s smokey
Walaupun yang lain-lain tampak biasa tapi 2019 mahu anda menyerlahkan pesona seksi sang mata. Mainan warna-warna gelap dan eyeliner bakal jadi tumpuan semula. Apa kata anda asah kembali kemahiran dalam menghasilkan gaya pembayang mata smokey.
Kurang contouring
Bukan bermakna untuk anda berhenti teknik ini tapi perhalusi dengan teknik yang lebih lembut dan nipis. Cuba elakkan dari melakukan harsh contouring, kalau tidak anda so…2018! Gunakan rona-rona produk contouring menetapi warna kulit anda dan pastikan ia tidak bercapuk.
Nampaknya gaya mekap 2019 sedikit sebanyak ada turn-back pada era 90-an. Jadi anda hendak ikut trend ini atau kekal seperti tahun sebelum?