Cinta & Perhubungan

Ni Cara Nak Layan Kawan Yang Selalu Cakap Mahu ‘Menang’

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ni Cara Nak Layan Kawan Yang Selalu Cakap Mahu ‘Menang’

Memang susah nak cari kawan yang sama-sama susah, senang, bersependapat dan boleh berbual tentang apa jua perkara. Biasalah setiap orang pasti perbezaan masing-masing dan itulah yang membuatkan dunia ini lebih menarik.

Seronok kalau dapat bertukar pendapat atau idea tanpa ada berbalahan. Baik, buruk, salah atau betul kita akan terima sebaiknya.

Tapi tidak semua orang mampu mendengar dan menerima, mesti kita ada kawan yang mahu ‘menang’ dalam semua perkara. Sampai satu tahap anda tidak mahu ada apa-apa interaksi dengan mereka. Jika anda bersahabat dengan manusia seperti ini, Wanista syorkan untuk anda ikut tips ini. Supaya mengelakkan hati anda sentiasa sakit atau timbul rasa menyampah pada kawan sendiri.

Kekal positif

Kekalkan sikap positiviti anda bila berhadapan dengan hujah-hujah merepak dari dia. Paling terbaik ialah cukup dengan hanya mendengar, anda tidak perlu cuba untuk berlawan lagi. Lagi banyak anda argue, lagi banyak perkara sakit hati akan dikeluarkan. Tarik nafas dalam, senyum dan let it go.

Tak cukup kasih sayang

Percaya atau tidak, mereka yang suka melawan atau sentiasa inginkan kemenangan walau dalam perkara kecil ialah mereka yang kekurangan kasih sayang. Mungkin kawan anda mahu menyerlah dan mendapat perhatian dari rakan yang lain. Sepatutnya anda bersyukur kerana diberi nikmat perhatian dan kasih secukupnya dari keluarga.

Foto – LiveAbout

Tiada kemahiran komunikasi

Titipkanlah rasa simpati kepada sahabat kamu itu kerana dia tidak mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan orang. Bayangkan sukar untuk dia diterima masyarakat jika anda sudah tidak mahu berkawan dengannya.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Saat inilah untuk anda merehatkan telinga anda. Jangan simpan didalam hati dan buat ada untuk anda simpan sekalipun? Segala fakta tidak berasas dari sahabat itu buat sahaja seperti air yang jatuh ke daun keladi.

Wanista harap anda kekal bersabar. Orang yang sabar, imannya sangat mantap. Tahniah!

BACA  Bergaduh? Apa Jadi Pada Persahabatan Priyanka Chopra Dan Meghan Markle