Kesihatan

6 Perkara Tentang Otak Yang Kamu Langsung Tak Perasan!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
6 Perkara Tentang Otak Yang Kamu Langsung Tak Perasan!

Semua tahu tentang pentingnya otak sebagai fungsi pergerakan tubuh badan, saraf, deria rasa, percakapan, pergerakan, penglihatan dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan. 

Kajian tentang otak telah lama dilakukan dan dikaji secara terperinci sehingga ramai pakar mengeluarkan pelbagai kenyataan dan fakta menarik tentang otak. Otak mengandungi 23 neuron dan setiap satunya berhubung dengan 10 ribu neuron yang lain. Berat otak manusia dewasa sekurang-kurangnya 1.3 kilogram dan ianya bukan otot tapi organ yang terdiri dari sel tersendiri.

Dahulunya di zaman kuno Firaun, otak dibuang ketika proses mengawet mumia kerana dipercayai jantung adalah tempat terletaknya minda. Selepas lima ribu tahun kini, ramai kini mengangkat otak merupakan menyimpan khazanah kebijaksanaan seseorang individu.

Foto – Gfycat
Tiada Otak Kiri atau Kanan

Jangan percaya lagi tentang teori otak kanan atau kiri kerana teori ini rupanya tidak sahih! Sehingga kini belum ada kepastian atau kajian saintifik telus membuktikan manusia boleh mendominasi antara dua belah otak. 

Masuk Umur 40, Otak Lebih Cekap

Ramai berfikir bila usia semakin meningkat otak jadi lemah untuk menerima pembelajaran yang baru. Ya, bab itu memang ada benarnya tapi kita lupa bila kita semakin matang, otak jadi lebih cekap dan tajam Mereka yang berusia jadi sensitif tentang perkara sekeliling. Malah kita lebih bijak untuk berhadapan dengan masalah, situasi dan emosi. 

Otak Lelaki, Wanita Ada Beza?

Tiada beza pun. Teori sebelum ini hanya merepak, dikatakan kaum lelaki lebih cepat tangkap belajar kerana memiliki saiz otak yang besar berbanding wanita. Padahal tidak semua lelaki bertubuh besar dan ada juga kecil seperti wanita. Fakta auta ini hanya andaian yang tiada kajian saintifik. Malah pakar juga masih tidak tahu jika benar ada perbezaan cara pembelajaran antara kaum lelaki dan wanita.

Foto – Medical Daily
Ada Lebih Dari 5 Deria

Jangan terkejut, otak sebenarnya memberi kita lebih dari 5 kuasa deria rasa tanpa kita sedar. Sebagai contoh, merasai hangat, suam, tekanan, sentuhan dan kesakitan. Perasan tak?

Otak Mengawal Emosi

Kita tahu apa yang boleh membuatkan kita bahagia, gembira atau sedih. Namun kita tidak dapat mengawal senario apakah yang memberi kita emosi tersebut. Sebenarnya kita tidak dapat mengawal emosi kalau tiada otak. Otak memberi isyarat untuk sampai bila dan apakah yang memberi kita emosi dan perasaan dalam sesuatu perkara.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? 

RUJUKAN