Kesihatan

Ni La Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Ni La Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas

Berapa ramai dari kita yang mengamalkan minum air panas? Berapa kerat? Nisbahnya cukup kecil. Rata-rata semua orang lebih menggemari minum air sejuk kerana tidak perlu menunggu lama malah rasanya lebih selesa di tekak. Tapi tahukah kamu mulakan hari dengan minum air panas dapat membantu sistem pencernaan dan imun bekerja dengan lebih baik.

Foto – Reader’s Digest

Yang pasti air panas tidak seharusnya yang masih mendidih, tetapi air panas itu harus berada dalam likungan suhu 48°C hingga 60°C. Jika suhu air melebih dari yang disarankan ia boleh mengakibatkan kecederaan seperti luka terbakar. Tidak suka air panas kosong, kamu boleh letak perahan limau atau sekadar sekeping limau sebagai penambah rasa kelat.

Bukan itu sahaja, anda makin kena bertukar selera kerana aktres kita Fazura yang cantik manis itu juga mengamalkan minum air panas sejak di usia muda lagi. Dia langsung tidak minum ais atau sebarang minuman sejuk. Fazura memang mengamalkan minuman panas sepanjang masa seperti teh hijau atau air panas bersama hirisan lemon.

Baca: 3 ‘Resepi’ Kekal Cantik Yang Mudah Dari Miss Fazura

#1 Melegakan Hidung Tersumbat

Kehangatan air panas memberikan wap dan bernafas secara mendalam dari wap yang keluar dari secawan air panas dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan juga dapat mengurangkan sakit kepala akibat selsema.

#2 Bantu Pencernaan

Air panas membantu merangsang pencernaan. Tubuh tidak akan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak untuk memecahkan makanan yang anda makan, menjadikannya sangat mudah untuk dicerna dan akan melalui usus dengan lancar. Sebaliknya minuman sejuk yang ada ambil membawa kesan yang bertentangkan.

#3 Awet Muda/Bersihkan Kulit

Tahukah air panas dapat membantu melambatkan penuaan. Ia adalah produk anti-penuaan yang paling mudah dan murah untuk anda perolehi. Apabila tubuh anda dapat menjalankan fungsi menyahtoksik lebih baik, sel akan memperbaiki kulit anda lebih cepat dan hasilnya ia akan menjadi kulit anda lebih bersinar. Malah air panas juga boleh melawan jerawat dengan menghalang pori dari tersumbat.

#4 Penurunan Berat Badan

Air panas tidak membuatkan anda kehilangan berat badan, tetapi membantu dalam proses penurunan berat badan. Tetapi mengambil segelas air panas dan dicampur lemon dapat melancarkan metabolisme anda, memberi tubuh keupayaan membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.

#5 Melegakan Sembelit

Minum air panas membantu usus anda berfungsi dengan lebih lancar. Sisa lama yang terperap di dalam usus akan dapat dikeluarkan dari tubuh. Kekerapan minum air panas dapat membantu menjaga tahap kesihatan anda dengan lebih baik.

#6 Tiada Kelemumur

Mustahil? Air panas membuatkan kulit kepala anda terhidrat sekaligus menghalang pembentukan kelemumur, yang merupakan kepingan kecil kulit mati di rambut.

#7 Detoks

Air panas membantu badan membersihkan toksin semasa anda berpeluh dan buang air kecil. Suhu badan akan meningkat apabila anda mengambil minuman panas, menyebabkan anda berpeluh. Badan anda memerlukan kira-kira 2,000 kalori sehari untuk berfungsi dengan baik.

Sekarang dah masuk tahun baru, cubalah buang tabiat minum air sejuk dan beralih ke air panas.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12

BACA  Kenal Pasti Individu Kemurungan Melalui Cara Pertuturan