Siapa pernah makan snek fish skin salted egg jenama Irvins yang berasal dari Singapura di atas?
Baru-baru ini tular di media sosial apabila netizen menjumpai seekor cicak mati dalam kerepek kulit ikan bersalut telur masin ketika sedang menikmatinya.
Syarikat makanan dari Singapura, Irvins Salted Egg menawarkan pemulangan selepas pelanggan Bangkok menemui cicak mati dalam kerepek dalam satu paket.
Irvins Salted Egg, yang mempunyai sekurang-kurangnya 13 cawangan di Singapura, Hong Kong dan Filipina, mengeluarkan semua produknya di Singapura. Penduduk tempatan dan pelancong seringkali bertekad untuk mendapatkan produknya, yang dilabelkan “dangerously addictive” pada pembungkusannya kerana keenakan, kerangupan dan lemak pada setiap kulit ikan yang disalut telur masin itu. Sekali makan pasti anda nak lagi.
Jane Holloway, 38, yang tinggal di Bangkok, berkongsi cerita di Facebook memberitahu ibu dan abangnya telah makan separuh paket Irvins Salted Fish Skin sebelum mereka menemui seekor cicak mati di dalamnya.
Menggambarkannya sebagai “begitu menjijikan”, dia menulis: “Bagaimana ini boleh berlaku? Gecko ini mungkin digoreng bersama dengan kulit salmon melihatkan rupanya. Eeeewwww!”
Katanya dia membeli produk itu di Bangkok pada awal November dari pasar raya antarabangsa Villa Market di K Village daerah Khlong Toei.
Macam mana boleh jadi benda macam ni? Ishhh….