Hiburan

Kim Kardashian & Kanye West Bakal Timang Anak Keempat Dari Ibu Tumpangan

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Kim Kardashian & Kanye West Bakal Timang Anak Keempat Dari Ibu Tumpangan

Bayi keempat!

Nampaknya keluarga besar pasangan tersohor Kim Kardashian dan Kanye West makin bertambah. Seorang sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu CNN bahawa mereka akan menimang anak keempat dari ibu tumpangan sekitar tahun ini.

Pasangan itu mengalu-alukan anak perempuan mereka Chicago West melalui kaedah ibu tumpangan pada Januari tahun lepas. Kim dan Kanye sudah mempunyai anak perempuan, North, 5, dan Saint, 3.

View this post on Instagram

Merry Christmas 🎄

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Walaubagaimanapun info lanjut tidak diketahui memandangkan seorang wakil untuk pasangan itu tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Kim sangat peribadi untuk berkongsi berita kehamilan kepada media dan lebih senang memilih untuk mendedahkannya dalam rancangan realiti “Keeping Up With the Kardashians” sahaja. Terdahulu Kim ada memberitahu kepayahan untuk mengandung. Semasa hamil anak pertamanya, North, Kim menderita praeklampsia, komplikasi yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi. Dia juga mempunyai aksulan plasenta dalam kedua-dua kehamilan, yang berlaku apabila plasenta melekat terlalu dalam di dinding rahim.

Apa itu Praeklampsia?

Praeklampsia dikatakan berlaku apabila plasenta tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh membuat anda dan bayi sakit teruk jika tidak dirawat. Praeklampsia berlaku dalam peringkat kedua kehamilan. Anda paling berkemungkinan menghidapnya dalam trimester ketiga, selepas usia kehamilan 27 minggu.

Tahniah Kim dan Kanye. Semoga semuanya baik-baik saja.