Cinta & Perhubungan

Seksa Bercinta Dengan “Anak Mak”, Kenali 8 Karakter Mereka

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Seksa Bercinta Dengan “Anak Mak”, Kenali 8 Karakter Mereka

Gelaran “Anak Mak” mungkin adalah perkara yang paling digeruni kebanyakan wanita. Mana tidaknya, bagi pasangan mereka, ibu adalah segala-galanya melebihi teman wanita.

Tapi kalau sudah berkahwin dan si dia terus melebihkan si ibu tanpa sebarang keadilan bagi pihak isteri, bagaimana pula penyelesaiannya. Apakah pula logiknya bercinta atau berpasangan dengan lelaki yang merupakan “Anak Mak” ini? Jom Wanista perjelaskan secara ilmiah.

Karakter Lelaki “Anak Mak”

  • Sebelum buat keputusan, minta izin dan pendapat ibu dahulu. Keputusan yang dibuat oleh ibunya dianggap paling munasabah.
  • Asyik berkepit dengan ibu, pantang ada masa sikit mesti ada dengan ibunya.
  • Dia akan mengadu semua perkara yang berlaku pada ibunya walaupun cuma perkara kecil.
  • Dia gemar membandingkan kamu dengan ibunya baik dari segi sikap atau perilaku kerana dia menganggap ibunya paling terbaik.
  • Gemar memuji ibunya, bercerita tentang ibunya dihadapan kamu.Umpama petunjuk supaya kamu dapat melayani dia atau menjadi sesempurna ibunya.
  • Kalau ada perkara penting, dia akan mencari ibunya sebelum kamu.
  • Habiskan masa agak lama dengan ibunya.
  • Setiap kali dapat duit lebih seperti gaji atau bonus, kemahuan ibunya ditunaikan dahulu.

Syurga Seorang Lelaki Tetap Bersama Ibunya…

Satu-satu perkara yang perempuan perlu faham -baik ketika sedang berpacaran mahupun sudah bergelar seorang isteri adalah keutamaan dia bukan hanya hak kamu seorang. Ini kerana, perhatian dia juga adalah untuk ibunya. Jadi jangan lekas melenting kalau dia asyik menyumbangkan waktu untuk kebahagian ibunya. Syurga seorang lelaki tetap bersama ibunya… Faham?

Apa Perempuan Perlu Buat?

Tetaplah bersabar… hidup kamu pasti lebih bahagia andainya kamu juga turut menjadi rapat dan mesra dengan ibu mertua. Cuba ambil hati mereka dan ternyata, kamu pasti menjadi menantu kesayangannya kelak. Kalau sayangkan anaknya, kenalah ambil hati si ibu dulu betul tak? Baru jackpot!

Paling penting, kena sedar diri. Jangan cepat iri sebab kamu cuma orang luar. Dia dan ibunya memiliki darah yang sama, jadi siapa kamu untuk marah-marah kalau si suami atau teman lelaki melebihkan ibunya? Berkongsi kasih sayang secara damai itu lebih nyaman.

Apa Lelaki Perlu Buat?

Jadilah ADIL terhadap kedua-dua wanita kesayangan kamu. Letakkan mereka di tempat yang sama istimewa dalam hati kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab kamu -untuk dijaga dan disayangi… 

Sumber: Google Images

Abu Hurairah RA, berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Rasulullah saw menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Ada ke di sini berpacaran mahupun berkahwin dengan lelaki “Anak Mak”? Apa-apa pun, kalau kamu bijak menguruskan emosi, mungkin tiada masalah bagi kamu untuk meneruskan hubungan dengan si dia yang manja bagai nak rak dengan insan yang bernama ibu.

Lagi syok sebenarnya kalau ibu si dia jatuh hati pada kamu. Pasti kamu akan dilayan seperti puteri nanti.

Kongsi-kongsi, jangan jealous! 

RUJUKAN 1, 2, 3