Info Menarik

Selain Oprah Winfrey, 5 Selebriti Ni Mengaku Tak Nak Ada Anak

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Selain Oprah Winfrey, 5 Selebriti Ni Mengaku Tak Nak Ada Anak

Soalan bila nak ada anak, kenapa masih tak ada zuriat, dan sebagainya merupakan perkara yang cukup sensitif bagi kaum wanita.

IKLAN

Yang pasti mempunyai anak bukanlah untuk semua orang, dan keputusan sama ada atau tidak adalah sangat peribadi. Menjadi public figure, selebriti tidak terkecuali sering diserang dengan soalan-soalan tentang sama ada mereka mahu merancang untuk mempunyai keluarga besar.

Berikut adalah lima aktres cantik yang telah menangani topik ini dengan profesional dan jujur untuk tidak mempunyai anak:

Jennifer Aniston

Sejak isu body-shaming yang melaporkan dia hamil padahal sekadar perut buncit, actress cantik ini lantang membicarakan tentang perkara ini malah tegas dengan pendiriannya.

“Kita boleh bahagia dengan atau tanpa pasangan, dengan atau tanpa anak. Kita tidak perlu berkahwin atau menjadi ibu untuk rasa bahagia, kita yang menentukan sendiri kebahagian yang dingini dalam hidup,” jelasnya.

Foto – Grazia Daily

Cameron Diaz

Aktres yang sering ditanya tentang keinginan memulakan keluarga.

“Rasanya lebih banyak kerja jika ada anak. Bayangkan menjaga bayi sepanjang hari, setiap hari selama lapan belas tahun… ia bukan satu tanggungjawab yang mudah. Saya suka melindungi orang, tetapi saya tidak pernah terfkir untuk menjadi seorang ibu,” terang Cameron.

Foto – Bustle

Alison Brie

Aktres cantik ini menggemparkan semua apabila menyatakan dia memang tidak mahu mempunyai anak.

“Saya benar-benar tidak mahu mempunyai anak. Saya tidak perlu bimbang memikirkan hal kehamilan ketika shooting. Sekarang saja saya menguruskan kucing, jadi bayangkan saja jika ada anak, maka lagi banyak perkara perlu difikirkan!,” terangnya.

IKLAN
Foto – Vanity Fair

Oprah Winfrey

Oprah pernah berkata bahawa mempunyai anak bukanlah sesuatu yang diinginkan.

“Saya tidak rasa saya akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, kerana saya memerlukan anda untuk bercakap dengan saya, saya memerlukan anda untuk memberitahu saya apa yang salah. Saya suka bayi tetapi ia bukan untuk saya,” jawabnya ringkas sahaja.

Foto – Stuff.co.nz

Kim Cattrall

Bintang Sex and the City ini menjelaskan menjadi ibu tidak akan menjadi sebahagian daripada pengalaman hidupnya.

“Apabila saya berusia lima tahun, fantasi saya adalah untuk mempunyai seratus anjing dan seratus kanak-kanak. Saya menyedari bahawa tekanan yang saya rasakan adalah dari sumber luar, dan saya tahu saya tidak bersedia mengambil langkah itu,” katanya.

Foto – Hello Magazine

Jangan judge dan persoalkan kenapa mereka berfikir sedemikian okay.