Tips

Macam Mana Nak Dapat Body Seksi Seperti Model Emily Ratajkowski?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Macam Mana Nak Dapat Body Seksi Seperti Model Emily Ratajkowski?

Sejak debut dalam video muzik “Blurred Lines” Robin Thicke pada tahun 2013, populariti Emily Ratajkowski telah melonjak, lihat sahaja pengikutnya di Instagram sudah melebihi 17 juta.

IKLAN

Selain miliki rupa yang jelita, si seksi Emily Ratajkwoski miliki tubuh badan yang paling dikehendaki dalam dunia hiburan hari ini. Walaupun model dan aktres ini mengakui bahawa dia bernasib baik mempunyai metabolisme yang tinggi, dia masih perlu bekerja keras untuk kekal fit dan slim.

View this post on Instagram

Oh hi NYC

A post shared by Emily Ratajkowski (@emrata) on

Baru mendirikan rumah tangga, rata-rata follower dan peminat ingin mengetahui rahsia wanita 26 tahun ini dalam mengekalkan tubuh badan yang cukup menggiurkan. Kalau anda follow Instagramnya, pasti anda ketahui apa yang penulis maksudkan.

Nak tahu caranya? Jom…

#1 Emily hanya mengambil karbohidrat ketika sarapan

Berkongsi dengan Vogue, Emily memulakan harinya dengan mengambil black coffee, granola, yogurt dan roti bakar.

IKLAN

#2 Suka makan daging

“Saya suka makan daging, dan paling favorite ialah steak,” jelasnya.

#3 Tak lupa makan tengah hari

Untuk hidangan tengah hari, Emily hanya makan salad atau sandwich sahaja.

#4 Emily pesan makanan takeout

Sushi, Itali, India dan Thai antara beberapa makanan kegemarannya.

View this post on Instagram

Desert Shrimp

A post shared by Emily Ratajkowski (@emrata) on

#5 Memasak!

Paling penting ialah memastikan bahan-bahan segar – sumber makanan dan apa yang ada di dalam setiap makanan yang diambil.

“Saya lebih senang memasak, jadi saya tahu berapa banyak garam dan gula yang diletakkan ke dalam setiap hidangan,” jelasnya.

#6 OMG dessert!

“Sesekali saya akan manjakan diri dengan dessert. Saya paling suka cupcake, chocolate cake atau pumpkin cheesecake,” beritahunya pada Vogue.

View this post on Instagram

Italy, hi. 📸 backgrid

A post shared by Emily Ratajkowski (@emrata) on

#7 Minum air sebelum tidur

Sebahagian daripada rutinnya sebeum tidur adalah minum air untuk memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat.

#8 Lakukan yoga

“Melakukan yoga tiga kali seminggu adalah sebahagian besar rejimen saya,” katanya pada ELLE.

#9 Walking & Hiking

Emily tidak pergi ke gimnasium tetapi lebih senang walking dan hiking bersama kawan-kawan.

View this post on Instagram

Summer 18 ✨ 📷 @livincool

A post shared by Emily Ratajkowski (@emrata) on

Penulis harap tips ini membantu korang dapatkan tubuh badan idaman. All the Best!