Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena sunstroke atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.
Keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.
Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan. Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa. Kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.
Bagaimana untuk mencegah sunstroke ataupun strok matahari ?
1. Pastikan sinar matahari jauh dari kulit anda apabila anda berjalan-jalan pada hari yang panas. Pastikan anda memakai topi atau berjalan dengan payung, memakai pakaian pelindung cahaya dan juga memakai sunscreen.
2. Pastikan keluar pada awal hari jika anda ingin bersantai sambil duduk melihat ombak lautan sebelum matahari mencapai kemuncaknya. Jika anda lebih suka keluar lewat petang, pastikan ia adalah masa apabila matahari telah terbenam. Bawa bersama payung yang ringan dan botol air.
3. Gunakan payung saiz badan sepenuhnya untuk melindungi anda dari pancaran matahari apabila anda berada di luar rumah untuk tempoh masa yang panjang.
4. Menghadkan aktiviti lasak semasa cuaca panas atau lembap, terutamanya pada pertengahan hari. Rehat di kawasan terlindung selama kira-kira 10 minit setiap setengah jam supaya tidak cepat letih. Minum banyak air dengan kerap dan bukan hanya apabila anda berasa dahaga.
5. Sewa cabana atau payung apabila anda mahu menghabiskan hari anda di pantai tanpa perlu bimbang terkena sinar matahari secara terus pada anda. Ini bukan sahaja akan memastikan keselesaan anda, tetapi akan memastikan anda selamat dari sinaran matahari dan membuat anda lebih sejuk.
6. Hadkan pengambilan minuman beralkohol dan makan makanan ringan. Minum banyak air atau makanan berasaskan air. Pastikan anda memakai topi lebar brimmed dan jangan lupa cermin mata.
Ini tips yang boleh membantu meredakan bahang kepanasan
1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.
3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.
4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.
6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.
7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.
8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.