Cinta & Perhubungan

Pabila Mata Lelaki Berbicara, Apa Maksudnya?

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Pabila Mata Lelaki Berbicara, Apa Maksudnya?

Lelaki mempunyai banyak cara untuk cuba mendapatkan kamu. Bagaimana dia cuba menarik perhatianmu, bagaimana dia cuba membuat kamu tertawa atau pura-pura tersentuh tanganmu. Semua ini menunjukkan yang dia berminat. Tetapi kamu juga boleh mengetahui yang dia menyukai kamu hanya dengan melihat ke matanya.

Mari kami ajar bagaimana untuk mengetahui jika seseorang lelaki itu tertarik padamu dengan hanya membaca pergerakan matanya.

Merenung Malu

Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan tenungan anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda. Kebanyakan lelaki akan menunduk malu setelah ditenung oleh wanita yang disukainya dan merenung kembali setelah hilang sedikit perasaan malunya.

Mengangkat Kening

Perhatikan keningnya. Sekiranya dia ada mengangkat sedikit keningnya ketika berbicara denganmu atau ketika berada berhampiran denganmu, ini bermakna yang dia berminat!

Curi-Curi Pandang

Sekiranya anda berada berhampiran dengannya, dia memandang anda namun begitu apabila anda melihatnya kembali, dia mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Berita baik untukmu kerana si dia malu tetapi mahu!

Pandangan Ekor Mata

Pandangan sebegini digemari oleh rata-rata lelaki ego. Si dia mahu memandangmu tetapi bimbang akan tewas dengan renungan yang dibalas olehmu. Jadi mereka playsafe dengan memandang anda dari ekor matanya sahaja.

Foto – Twitter

Boleh pengsan tengok renungan tajam BTS V ni… Selamat Beramal!

BACA  Bercinta Semula Dengan Mantan Kekasih? 4 Hal Kena Peka
  1. Saya selalu perasan serorang lelaki ni selalu pandang saya dri jauh jer. Bila sy cuba tenung mata dia, dia akan balas pandangan mata sy dan terus tunduk malu. Dh lama saya cuba nk yakin kan perasaan sy apa dsebalik tgkahlaku dia tu. Tapi sy tk dapat nk agak. Sebab dia seorang yg pemalu. Tp sy selalu perasan yg dia curi2 pandang sy bila sy tak sedar.. Apa pendapat awak??

Leave a Reply
Your email address will not be published. *