Tips - Kecantikan

Petua Kecantikan Dengan Mayonis. Mesti Cuba!

Avatar
/
Petua Kecantikan Dengan Mayonis. Mesti Cuba!

Kita semua tahu mayonis kurang baik bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan kalorinya yang tinggi tentu merosakkan program anda nanti. Tapi tahukah anda selain dijadikan sebagai penambah rasa dalam makanan, anda juga boleh gunakannya untuk tujuan lain seperti kecantikan!

IKLAN

Antara kegunaan mayonis untuk tujuan kecantikan ialah

Melembapkan kulit muka

  • Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, kandungan tersebut membuatkan ia kaya dengan bahan pelembap. Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Mayonis boleh digunakan untuk menggantikan losyen dan anda boleh sapukan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.
  • Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu untuk menyapukan mayonis ke bahagian yang kering dan biarkan ia meresap ke dalam kulit dalam masa 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih dan lap.

Rawatan rambut

  • Mayonis juga digunakan untuk merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit. Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Sebelum ini kami juga ada berkongsi tips ini yang digunakan oleh pakar antarabangsa dan ianya ternyata berkesan.
Merawat kuku kering
  • Kandungan yang terdapat dalam mayonis boleh merawat kuku agar lebih kuat dan sihat. Ia juga akan melembutkan kuku dan kulit keras pada keliling kuku anda. Caranya amat mudah, anda hanya perlu sapukan kuku tersebut pada kuku dan biarkan ia kering dalam 20 minit. Kemudian bilas dengan air mengalir. Amalkan petua ini sehingga anda nampak kesannya.
Pelindung kulit
  • Setiap hari kult kita terdedah kepada sinaran matahari dan pastinya kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya bukan? Mayonis boleh bantu selesaikan masalah anda! Mayonis bertindak sebagai pelembap yang baik untuk kulit. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah sapukan mayonis tersebut pada kulit yang terdedah dan biarkan ia serap ke dalam kulit.

Mudahkan..