Kembara

Selain GoPro, 2 Kamera Ni Beri Hasil Video Travel Gempak

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Selain GoPro, 2 Kamera Ni Beri Hasil Video Travel Gempak

Para kaki jalan sekalian dan gemar merakam segala aktiviti anda ketika mengembara wajib sekurang-kurangnya satu kamera khas. Takkan semua nak mengharapkan pada telefon pintar dan ruang simpanan memori pun tidak banyak. Buat rugi sahaja!

Bila arus permodenan dan teknologi sudah berkembang, muncul beberapa jenama kamera video yang bersaiz mini seperti GoPro. Ianya rekaan hebat mengabungkan fungsi foto dan video dalam satu kompak, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Apa yang paling best bila kualiti gambar dan video setanding dengan kamera digital.

Foto – YouTube

Selain GoPro, terdapat lagi dua kamera kecil yang anda boleh tandingkan sebelum membeli. Ianya sebuah produk teknologi paling terbaru. Pendapat Wanista ia sangat terbaik untuk mereka yang gemar berkongsi video kembara bersama pengikut di media sosial.

DJI Osmo Pocket

Foto – Currys

Kamera Osmo Pocket ini menggunakan teknologi DJI yang mekanikal 3-axis paling kecil. Apa yang perlu anda lakukan hanya menggerakkan sahaja tangan untuk merakam apa sahaja. Kualiti gambar dan video juga terjamin dengan 12 MP dan rakaman video pada 4K/60fps 100 Mbps dan rakaman perlahan pula 080p/120fps 4x. 

Video mengenai DJI Osmo Pocket:

Insta360 One

Foto – Virgin Megastore

Setiap sudut 360 darjah anda akan dirakam! Menggunakan kamera ini anda video dan gambar menjadi efek bullet iaitu berbentuk bulat merakan semua sudut anda. Fungsi kestabilan yang dicipta menjadikan kualiti gambar dan video pada hasil yang terbaik. Anda tak perlu susah untuk berpusing-pusing, dengan menekan butang khas kamera akan berputar untuk merakam semua benda disekeliling anda.

Video mengenai Insta360 One:

Rasanya GoPro macam dah lapuk pula bila dah ada dua produk seperti ini kan?