Tips - Kecantikan

Sebab Jurumekap Professional Apply Foundation Guna Berus Bukan Span

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sebab Jurumekap Professional Apply Foundation Guna Berus Bukan Span

Kalau anda inginkan mekap yang cantik, sempurna dan timeless lupakan untuk tonton tutorial mekap dari influencer entah apa-apa. Perbanyakkan mengenali jurumekap professional dan lihat cara mereka demostrasi solekan. Anda akan perasan 100% teknik mereka sangat berbeza berbanding individu yang claim diri mereka ‘beauty guru’. 

Produk, teknik dan alat solekan yang digunakan sangat minimal dan tidak melebih-lebih. Begitu juga dengan permainan warna pada kanvas wajah tidak keterlaluan menjadikan mekap tersebut sesuai pada sesiapa sahaja. Paling tidak sangka teknik yang dibawa ringkas dan mudah diikuti.

Daripada pemerhatian penulis, para M.U.A professional lebih suka menggunakan teknik tradisional iaitu mengaplikasikan mekap menggunakan berus berbanding span. Terutamanya apabila sedang mencipta base iaitu foundation. Tapi kenapa?

BACA  Baru Nak Belajar Mekap? Okay Pergi Beli Barang Ni Sekarang..
Hasil air-brushed

Penulis sudah cuba sendiri! Menyapu foundation dengan berus ternyata beri kesan yang sangat baik, tidak tebal dan kulit umpama tidak memakai apa-apa.

Foto – Chronicles of Her
Tidak ‘makan’ produk

Span menyerap produk dan membuatkan  kita rasa produk tidak cukup dan perlu menambah lagi. Manakala dengan berus pula anda boleh menggunakan produk dengan secukupnya dan hanya perlu tambah bila perlu. Lebihan foundation tidak akan tertinggal dengan banyak pada berus dan ia mudah dibersihkan.

Foto – beautyaficionado.com
Lebih terperinci

Foundation lebih mudah disapu pada setiap sudut muka dan menjimatkan masa. Penulis suka menggunakan berus foundation jenis paddle brush kerana ia senang menyapu dibahagian sudut hidung.

BACA  Atasi Wajah Bengkak Pagi Hari Dengan Helah Genius 'Air Panas'
Foto – kathleen kong

Tidak semua orang mahir menggunakan berus ketika apply foundation kerana kadangkala ia boleh beri kesan garisan halus pada finishing anda. Tapi anda hanya perlu pastikan berus sentiasa bersih kerana bekas foundation yang tertinggal boleh menyebabkan anda terjebak dalam masalah kecil itu. Sentiasa keep up dengan teknik dan berlatih menggunakan berus.

Dunia siber yang kian telus kini, para jurumekap professional sudah ramai tampil kehadapan dengan berkongsi ilmu bukan sahaja pada kelas berbayar malah secara percuma iaitu diatas talian sebagai contoh YouTube, Facebook dan Instagram. Jadi daripada anda ikut teknik influencer yang hanya menfokuskan over-hyped makeup, lebih baik anda follow mekap artis professional. Ilmu yang tepat dapat, mekap pun lebih cantik!