Umum tahu keluarga kerabat diraja British adalah yang paling popular di dunia. Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pasti menjadi ikutan dan perhatian. Lagikan kini lahirnya si comel Putera George, Puteri Charlotte dan diikuti Putera Louis memang tidak menang tangan para media mengfokuskan apa jua cerita tentang mereka.
Jika anda sudah naik muak tentang keluarga diraja ini, mari penulis kenalkan satu lagi kerabat diraja yang memang sedap mata memandang. Iaitu keluarga besar kerabat diraja Sweden, memang kita semua jarang dengar bukan? Sweden dipegang oleh mempunyai susur galur diraja sejak tahun 1818 lagi. Sehingga kini ia dibawah pemerintahan Swedish Royal House of Bernadotte.
Jika di England ada yang tidak sudah habis memuji kecomelan Putera George tapi di Sweden pula ialah Putera Alexander.
Nama penuh beliau ialah Putera Alexander Erik Hubertus Bertil, Duke of Södermanland merupakan anak sulung kepada Putera Carl Philip dan Puteri Sofia. Kecomelan Putera Alexander memang tidak dapat dinafikan lagi. Tengoklah siapa bonda dan ayahandanya! Keduanya kacak dan jelita.
Lahir pada 19 April 2016 sebagai cucunda ketujuh Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia. Putera Alexander ditangga kelima sebagai pewaris takhta tertinggi Sweden, diikuti kekandanya, Putera Gabriel.
Bondanya, Sofia Hellqvist model terkenal Sweden dan berketerunan dari rakyat marhaen. Beliau diberi gelaran ‘Puteri’ pada pangkal nama yakni Puteri Sofia, Duchess of Värmland. Tidak seperti Kate Middleton yang hanya mendapat pangkat ‘Duchess’.
Sejak kembali diperkenal umum, Putera Alexander sering menjadi muka utama tabloid dan akaun media sosial peminat keluarga diraja. Keluarga diraja ini lebih santai tidak ketat dengan protokol. Cuba lihat rambut Putera Alexandar bebas untuk berambut panjang.
Keletah Putera Alexander yang lincah telah diperhati sejak bayi lagi. Selamba sahaja bermain cuit-cuit pipi pada majlis pembaptisan bersama sepupunya, Putera Oscar.
Gelagat paling terkini Putera Alexander ialah pada pertengahan Disember 2018 semasa membantu ayahanda menyiapkan pokok Krismas. Tak sangka beliau kini dah semakin tembam! Comel sangat.
Sekali imbas, penulis rasa keluarga diraja Sweden lebih menarik dan berprofil rendah. Apa pendapat anda?