Hiburan

Netizen Bengang Kim Kadarshian Pakaikan Anak Gincu Merah! Apa Cerita?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Netizen Bengang Kim Kadarshian Pakaikan Anak Gincu Merah! Apa Cerita?

Nampaknya isu kanak-kanak memakai atau dipakaikan memang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat di Barat. Jika dibandingkan dengan orang kita, rata-rata anak selebriti umumnya seperti Aaisyah Dhia Rana sudah galak memakai solekan bahkan Rozita Che Wan sendiri yang menggalakkan anaknya memakai mekap. Namun, kenapa agaknya orang barat begitu membenci kanak-kanak mengenakan solekan?

Baru-baru ini, bintang seksi Kim Kadarshian dikecam gara-gara membiarkan anaknya memakai gincu rona merah menyala. Hal itu mungkin hanya untuk suka-suka tetapi malahan dihambur dengan maki hamun apabila netizen tidak bersetuju untuk North West membawa imej seperti perempuan dewasa.

Menurut Cosmopolitan perkara itu mula jadi hangat sejak Kim memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia bersama suami dan anak-anak saat menghadiri parti sambutan Krismas yang dianjurkan Kylie Selasa lalu.

BACA  Kim Kardashian & Kanye West Bakal Timang Anak Keempat Dari Ibu Tumpangan

Tanpa menyangka, ia kemudian mengundang amarah netizen yang menganggap North West, 5 tahun, adalah terlalu muda untuk mengenakan mekap sebegitu rupa.

Untuk menepis kecaman Netizen, Kim akhirnya menjelaskan yang ianya merupakan salah satu warna gincu yang akan disertakan dalam koleksi terbaharu kosmetik KKW miliknya. Biarpun begitu ramai tetap masih tidak bersetuju dengan tindakan Kim membiarkan anak sulungnya itu memakai mekap.

Kim turut menyatakan bahawa warna tersebut dipilih sendiri oleh North melihatkan ianya adalah musim Krismas.

Sebelum ini, Kim pernah menjelaskan bahawa anaknya itu memang gemar dan obses bermain dengan alat solek. Bagi pendapat penulis pula, sebenarnya tak ada masalah pun kalau anak Kim hendak memakai mekap asalkan ianya tidak bersifat keterlaluan atau menonjol kerana takut ada mata-mata liar yang memandang.

Maklum sahajalah, dunia hari ini ramai sahaja lelaki dewasa ‘gila’ yang jatuh hati pada kanak-kanak. Jaga-jaga ya Kim. 

RUJUKAN 1, 2, 3