Bila bercakap soal barang kemas, wanita mana yang tidak ternganga betul tak? Sebagai seorang wanita yang gemarkan objek cantik, intan berlian sudah semestinya seraya menangkap hati kita. Terbaharu, HABIB tampil dengan koleksi lebih gah istimewa untuk musim perayaan ini.
Setiap satunya dihiasi butiran berlian mewah, rekaannya juga lebih moden menampilkan lekuk-lekuk berkarakter, dimeriahkan lagi dengan susunan permata padat.
Bukan itu sahaja, HABIB juga komited menawarkan pelbagai rekaan terkini yang boleh dipilih berdasarkan personaliti agar ianya bertepatan dengan kemahuan individu yang rata-ratanya berbeza bagi setiap orang.
Baik yang bersifat kontemporari mahupun klasik, setiap satu rekaan barang kemas oleh HABIB adalah berkualiti tinggi, asli dan bersifat satu dalam seribu.
Untuk itu, dapatkan rekaan barang kemas paling menarik di mana-mana cawangan HABIB seluruh Malaysia malah, jangan ketinggalan untuk menyertai jualan murah hujung tahun HABIB bersempena musim perayaan ini dari 28 Disember hingga 1 Januari 2019 nanti.
Terdapat banyak pilihan yang bakal buat kamu rambang mata dna untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/habibjewels]