Jika sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan perkahwinan pasangan selebriti Justin Bieber dengan pilihan hatinya Hailey Baldwin, terbaru sekitar beberapa jam lalu, Glamour.com memuat naik berita tentang perkahwinan antara Miley Cyrus dan Liam Hemsworth!
Bukan lagi gosip atau omongan kosong semata, pasangan ini akhirnya disahkan sendiri oleh Miley dan Liam menerusi posting sebuah foto yang dilihat seperti foto yang diambil di majlis perkahwinan mereka biarpun kapsyen tidak menjelaskan segala-galanya berkenaan latar foto tersebut.
https://www.instagram.com/p/Br3kgPKn0yN/
Liam Hemsworth menerusi Instagramnya cuma menulis kapsyen “My love ❤️” untuk menemani foto tersebut yang memperlihatkan dia merangkul susuk tubuh Miley bahkan, kedua-duanya turut menyarungkan pakaian formal berupa busan perkahwinan ringkas berbentuk dress putih dan sepersalinan tuxedo.
https://www.instagram.com/p/Br3Ul76hG3s/
Manakala Miley di Instagramnya sekitar empat jam lalu turut ada memuat naik beberapa keping foto intim dia bersama suaminya, berkongsi cumbuan manis sekaligus memperluatkan lagi khabar angin yang sebenarnya mereka sudah pun mengikat tali perkahwinan secara rahsia.
Video Sekitar Majlis “After Party” Perkahwinan Rahsia Miley & Liam…
https://www.instagram.com/p/Br3uCiloi1i/
Sehingga kini, tiada apa-apa maklumat yang menceritakan di mana resepsi mereka berlangsung mahupun bilakah waktu dan tarikh tepat mereka berkahwin, namun Miley ada memuat naik lagi sebuah foto dengan kapsyen berupa tarikh yang tertulis “12.23.18”. Mungkin itulah tarikh keramat mereka berjanji untuk sehiduo dan semati.
https://www.instagram.com/p/Br3VA71h0Ov/
Sebelum ini, Miley Cyrus pernah memutuskan pertunangannya dengan kerana beberapa salah faham sebelum dia bertukar imej menjadi seorang selebriti yang membawa imej perempuan “jalang” gara-gara mahu mengekspresikan perasaan tekananannya.
https://www.instagram.com/p/BQhHKtmFt57/?utm_source=ig_embed
Namun tahun lalu pada Februari 2017, Liam dilihat kembali memuat naik fotonya bermesra dan menyambut Valentines Day bersama Miley dan ternyata bekas bintang Disney itu sudah b=kembali bertaut cinta dnegan bekas tunangnya. Mereka dikhabarkan sudah bertunang semula dan kini Miley nekad berhenti menghisap ganja dan semakin berubah ke arah seoprang insan yang lebih positif.
Terdahulu, Miley Cyrus sering membawa penampilan sebagai wanita yang seksi dan liar sebaik dirinya putus cinta dengan Liam Hemsworth. Namun sejak Liam kembali menunjukkan minat terhadapnya, Miley semakin ceria, berpakaian lebih sopan malah sudah berambut panjang!
Apa-apa pun Wanista ucapkan tahniah buat pasangan newlywed ini! ❤