Fesyen

Model Paling Gemuk Dari Korea Tak Goyah Tarik Perhatian Dunia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Model Paling Gemuk Dari Korea Tak Goyah Tarik Perhatian Dunia

Jarang sekali kita melihat wanita atau gadis-gadis Korea berbadan gempal -jauh sekali gemuk, kerana standard kecantikan di sana diukur menerusi saiz tubuh yang langsing, berkaki panjang dan berleher jinjang.

Biarpun tidak berpunggung mahupun memiliki saiz buah dada besar seperti wanita barat, mereka yang memiliki tubuh kurus melidi itu sudah dianggap PALING CANTIK bagi masyarakat di Korea umumnya. 

Walau bagaimanapun, mengejutkan baru-baru ini apabila seorang insan dikenali sebagai Taylor Tak muncul dalam majalah fesyen ternama seperti Cosmopolitan Korea dan Queen Size Magazine apabila beliau tidak segan menayang liang-liuk tubuhnya yang boleh dianggap agak gemuk.

Sumber: Instagram

Tidak malu menggunakan tubuhnya yang bersaiz besar untuk mencari makan, Taylor rupanya sudah sering mempromosikan jenama-jenama fesyen plus size ternama termasuklah Curvy Sense, Hotping, Romwe, Fashion Nova dan SheIn tanpa disedari umum.

Lirik matanya yang seksi serta gerak-gerinya yang langsung tidak kekok saat beraksi di hadapan lensa kamera, jangan tak tahu bahawa bakat Taylor mula disedari oleh seorang jurugambar terkemuka di London tau!

Sumber: Instagram

Menurut Taylor, saat beliau ditawarkan untuk menjadi peragawati, menurutnya dia langsung tidak memiliki ciri-ciri supermodel yang sempurna. Ini kerana beliau sedar saiz tubuhnya besar dan ketinggiannya agak rendah berbanding ketinggian peragawati biasa.

Sumber: Instagram

Selain model, Taylor kini merupakan seorang aktivis yang sangat aktif dalam memerangi isu-isu berkaitan negativiti dalam standard kecantikan bahkan, sentiasa komited untuk memperkasa pemahaman masyarakat berkenaan pandangan sebenar tentang istilah cantik.

“Saya mahu mereka tahu tiada apa yang perlu disorok lagi… kita tidak perlu merasa diri ini teruk”, jelasanya.

Sumber: Instagram

Terdahulu, Taylor mengaku yang dia pernah bertungkus-lumus melakukan senaman dan diet ekstrem semata-mata mahu mendapat peluang pekerjaan di sebuah restoran kereta api bawah tanah bahkan, seawal usianya 10 tahun, dia sudah dijolok dengan amalan pengawalan pemakanan yang memerlukan dia mengehadkan pengambilan kalori cuma 1,000 setiap hari. Kejam kan?

Sumber: Instagram

Bukan itu sahaja, Taylor juga dikatakan pernah mencuba pelbagai pil-pil diet serta menggunakan khidmat sedut lemak (liposuction) kerana tertekan dengan pandangan negatif yang dilemparkan kepadanya oleh masyarakat.

Sumber: Instagram

Semua itu kini tinggal kenangan dan siapa sahaja yang tak mengenalinya? Selamat maju jaya Wanista ucapkan buat gadis bernama Taylor Tak yang tidak pernah kenal erti mengalah ini.

Sumber: Instagram

Boleh lihat banyak lagi foto cantik Taylor Tak [DI SINI].

SUMBER 1, 2