Asyik-asyik hadiah untuk orang yang berkahwin, habis yang belum berkahwin macam mana pula.. Kesian dilupakan.
Baiklah, hari ini Wanista nak kongsi serba sedikit idea yang patut kamu berikan untuk BFF tersayang yang baru sahaja pindah masuk ke rumah baru. Selain buat makan-makan, mungkin juga boleh peruntukkan sedikit sejumlah wang shopping benda yang berguna untuknya. Wanista confirm dia pasti akan tersenyum riang melihat keikhlasan dan inisiatif kamu.
SURPRISE….
#1 Basic Tool Kit
Kerana kecemasan boleh dan akan berlaku. Jadi BFF boleh stand by jika ada kesulitan yang terjadi.
#2 Papan Pemotong
Lagi-lagi untuk si kawan yang rajin memasak, ini idea paling genius.
#3 Lilin
Untuk kawan kamu yang sukakan aromaterapi dan wangian.
#4 Waffle Maker
Bolehlah kamu tumpang sarapan atau supper di rumahnya nanti. heheh
#5 Coaster
Coaster comel supaya meja tidak dicemari dengan tumpahan air.
#6 Tumbuhan Hijau
Ada kajian mendapati tumbuhan hijau membantu bentuk tidur yang berkualiti.
#7 Frame Gambar
Supaya dapat mencipta memori terindah bersama-sama.
#8 Oil Diffuser
Selain tumbuhan hijau, oil diffuser juga memberikan tidur yang nyenyak dan ketenangan.
#9 Set Pinggan Mangkuk
Siapa yang tak suka? Jangan beli pinggan mangkuk viral ye.
Ada lagi idea best yang korang nak kongsikan?