Kecantikan

Ubat Kulit Kering Dengan Krim Wajah Khasiat Teratai Dari FRESH!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ubat Kulit Kering Dengan Krim Wajah Khasiat Teratai Dari FRESH!

Siapa bilang hendak jadi cantik itu perlukan tempoh waktu yang lama?

Pernah dengar istilah “Cantik semasa tidur”? Sambil tubuh berehat dari kesibukan harian yang mencabar minda dan fizikal, gunakan waktu itu untuk menjana kecantikan semula jadi dengan adanya bantuan ampuh dari FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream

Bagaikan mimpi indah, krim kecantikan untuk semua jenis kulit wajah ini mampu melambatkan proses penuaan bahakan mempercepat penyembuhan terhadap masalah kekeringan yang lazimnya dialami wanita.

Foto -Arkib Wanista

Kulit kering secara tidak langsung akan buat wajah terasa gatal bahkan ia akan menampakkan solekan nampak tidak sekata apabila lapisan kulit mula merekah dan mengelupas. Lebih parah apabila kulit kering juga bisa menyumbang kepada permasalahan yang lebih serius seperti pigmentasi dan radang.

Foto -Arkib Wanista

Untuk itu, manfaatkan waktu tidur sebaiknya bukan sahaja untuk merehatkan tubuh dan minda tetapi sebagai waktu terapi kulit paling ideal, lebih-lebih lagi apabila menggunakan krim wajah ajaib yang memiliki ekstrak bunga teratai ini.

Khasiat terbaik FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream mengandungi elemen antioksidan tinggi, selain buat kulit terasa lembab, licin dan segar sebaik terjaga dari tidur.

Foto -Arkib Wanista

Tekstur krim yang ringan tidak berminyak juga membuatkan ianya lebih mudah menyerap hingga ke lapisan kulit paling dalam.

Harga untuk sebalang FRESH Lotus Youth Preserve Dream Face Cream adalah RM222/50ml dan akan mula berada di pasaran menerusi cawangan-cawangan SEPHORA seluruh Malaysia mulai Januari 2019.

Foto -Arkib Wanista

FRESH adalah jenama penjagaan wajah dan kecantikan terulung dari Amerika yang menggunakan bahan-bahan alami untuk menyembuh sekaligus mengekal kejelitaan wanita, terutamanya buat mereka yang sentiasa butuhkan ‘makanan’ sihat buat kesejahteraan kulit. 

Foto -Arkib Wanista

Selain produk penjagaan wajah, FRESH turut menawarkan rangkaian wangian, rangkaian pelembap bibir serta beberapa pilihan produk penjagaan tubuh seperti deodoran dan gel mandian. Untuk keterangan lanjut, klik [fresh.com].

BACA  10 Item Paling Top Untuk Sambar Masa Sephora's Private Sales!