Hiburan

MBO Buka Pawagam Baru Di Atria Shopping Gallery, Siap Ada Skrin LED!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
MBO Buka Pawagam Baru Di Atria Shopping Gallery, Siap Ada Skrin LED!

Jika kamu gemar menonton filem-filem pecah panggung, kamu pasti tahu benar dengan rangkaian pawagam MBO Cinemas.

Bagi peminat filem yang sering mencari kepuasan menonton berganda, ketahuilah bahawa MBO Cinemas baru sahaja melancarkan satu lagi cawangan mereka yang kini berlokasi di Atria Shopping Gallery bagi kamu yang tinggal sekitar lembaoh Klang.

MBO Kecil: Panggung berkonsep khas ini sesuai untuk pengunjung yang ada anak kecil. Mereka boleh dibiarkan berlegar dalam panggung dan bermain di bahagian kawasan permainan yang terletak di bahagian bawah skrin. Tiada masalah anak-anak yang menangis dalam panggung lagi! Foto -Arkib Wanista

Khabrnya, MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery ini menawarkan dewan pawagam yang turut dilengkapi skrin jenis LED pertama di negara ini, diserikan dengan pancaran resolusi HDR 4k untuk kepuasan mata penonton yang memperlihatkan visual lebih terang dan jelas! Semua pengalaman itu boleh dirasakan sendiri apabila menonton dalam dewan panggung khas dipanggil MBO Samsung Onyx Hall.

Panggung yang luas dan selesa untuk semua golongan masyarakat. Foto -Arkib Wanista

Tidak kurang dengan itu, dua jenis dewan panggung lain yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan pengunjung adalah termasuk MBO Kecil serta MBO Big Cinema yang dilengkapi skrin gergasi serta gema sistem bunyi bertaraf lima  bintang dari siri Dolby Atmos sekaligus, mampu membawa penonton seolah turut berada di dalam filem.

BACA: MBO Janjikan Pengalaman Menonton Berbaloi Pada Harga Rendah

Untuk keterangan lanjut, boleh klik [facebook.com/mbocinemas] atau alwat laman sesawang rasmi MBO Cinemas Malaysia di [mbocinemas.com] untuk pembelian tiket wayang secara atas talian.

BACA  #BBMAs : Peminat Busuk Hati Tuduh Taylor Swift Tiru Persembahan Beyonce