Kesihatan

Tabiat Biasa Kamu Buat Ni Merupakan Tanda-Tanda Anxiety

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Tabiat Biasa Kamu Buat Ni Merupakan Tanda-Tanda Anxiety

Terkejut dengan tajuk di atas? Sangsi dengan tabiat biasa apa yang dimaksudkan Wanista?

Adakah kamu sering melakukan tabiat seperti:

  • Gigit kuku
  • Tarik helain rambut
  • Gigit bibir
  • Mengetap gigi
  • dan banyak lagi…

Kebanyakan tabiat normal ini terjadi dalam keadaan yang tidak sedar disebabkan atau diburukkan lagi oleh stress dan tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari seperti Anxiety. Anxiety atau Kebimbangan adalah tindak balas semulajadi tubuh anda terhadap stress. Ia rasa takut atau kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku.

#1 Gigit Kuku

Foto – Learning Mind

Salah satu tabiat yang paling biasa adalah menggigit kuku. Kamu mungkin tidak menyedarinya kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan tabiat berulang. Tahukah kamu, ada beberapa kajian mengatakan tabiat seperti ini adalah disebabkan gangguan psikologi. Dikatakan mereka yang gigit kuku mempunyai masalah untuk mengawal emosi. Pada mereka menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang.

#2 Mengetap Gigi

Pernahkah kita melihat pasangan, adik-beradik atau rakan mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam ketika tidur. Sebenarnya, mereka mengetap gigi tanpa sedar. Dalam bahasa perubatan dipanggil ‘bruxism’.

Foto – DukuLangsat

Perbuatan mengetap gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun jaga. Lazimnya simptom ini dikaitkan dengan individu yang mempunyai tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari. Sekiranya perbuatan ini berkaitan dengan kesakitan pada sendi rahang, sila dapatkan rawatan di klinik pergigian.

#3 Elak Hubungan Mata

Foto – Verywell Mind

Hubungan mata adalah tanda penghormatan. Bila anda memandang ke bawah atau ke tepi, langsung tidak menunjukkan eye contact, ia akan membuatkan sesi interaksi berlangsung dalam keadaan janggal. Individu sebegini mungkin mengalami eye contact anxiety – merujuk kepada ketidakselesaan tentang hubungan mata atau berbalas pandangan mata. Seseorang yang mempunyai sindrom ini tidak dapat melihat mata orang lain secara langsung apabila bercakap atau  merasa seperti mereka dinilai atau diteliti apabila membuat hubungan mata.

#4 Tarik, Main Rambut

Foto – Rebel Circus

Bermain dengan rambut tidak semestinya tanda-tanda menggoda, ia boleh dikenali sebagai tabiat bimbang dan kelakukan yang menenangkan diri. Dalam beberapa kes, tarik helaian rambut yang sangat parah boleh menyebabkan trichotillomania, yang merupakan keinginan untuk sentiasa menarik rambut sehingga putus. Jika bermain rambut menjadi semakin obsesif dan berulang, ia boleh menjadi tanda anxiety (kebimbangan), tekanan perasaan atau ketidakselesaan.

#5 ‘Letup’ Jari

Foto – Verywell Health

Ini adalah tabiat saraf yang biasa digunakan untuk melegakan tekanan tetapi ada ketikanya kelemahan ini boleh menghancurkan jari. Sebenarnya otak yang pengaruh diri untuk anggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu yang melegakan. Jadi, semakin hari apabila sering dilakukan ia akan berubah menjadi tabiat. Otak akan rasa perbuatan itu melegakan kelenguhan jari. Ia juga boleh mempunyai kesan jangka panjang seperti kekuatan cengkaman yang lebih rendah jika kerap meletupkan jari. 

#6 Gigit Bibir

Mengigit bibir adalah sangat biasa, sama seperti bermain rambut, ia sering dianggap sebagai tanda-tanda menggoda. Jika menggigit bibir secara berlebihan ia boleh memberi kesan yang berbahaya. Ia boleh menyebabkan bibir kering, retak, pecah, dan berdarah kerana pendedahan bibir ke enzim pencernaan mulut.

Foto – Flickr

#7 Mengetuk Kaki

Mengetuk kaki adalah satu lagi tabiat sarah yang boleh disebabkan oleh tekanan. Tabiat ini dapat dilihat sebagai tanda kerengsaan atau tidak sabar dan mungkin mengganggu orang lain. Satu kajian pakar berkaitan gerakan tubuh orang sedang berbohong mendapati seseorang yang sedang berdiri, jika kami mereka mulai mengetuk ke tanah kemungkinan mereka berada dalam keadaan kebimbangan.

Giphy

#8 Kerap Sentuh Muka

Satu lagi tabiat saraf yang tidak bersih adalah kekerapan menyentuh muka. Sentuhan muka dapat dilihat sebagai gerakan menenangkan diri ketika seseorang berada dalam keadaan tidak tenang atau menyembunyikan sesuatu. Apabila mereka gementar, kadangkala mereka akan merasa perlu menggaru bahagian muka mereka. Lagi satu yang tidak elok akan tabiat ini, ia akan membuatkan muka terdedah kepada bakteria.

Foto – Well+Good

Apapun jika ada tabiat ini yang memudaratkan, cuba hentikan secara perlahan. Ingatlah, Practise Make Perfect!