Tips - Kecantikan

Pakai Sleeping Mask Kalau Anda Malas Nak Pakai Krim Malam

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Pakai Sleeping Mask Kalau Anda Malas Nak Pakai Krim Malam

Bila sudah sampai rumah lewat malam memang terasa amat malas untuk melakukan rutin pembersihan wajah secara menyeluruh. Ikutkan hati mahu sahaja terus tadahkan kepala pada bantal. 

IKLAN

Janganlah begitu, takkan anda tak sayang muka? 

Jika anda bekerja atau menghadiri parti sehingga lewat malam, Wanista sarankan untuk anda mempunyai satu produk yang boleh menggantikan serum, pelembab dan krim malam. Senang cari produk dengan nama ‘sleeping mask’ atau ‘sleeping pack’. Produk kompak ini memendekkan rutin malam anda.

Apa itu sleeping mask?

Ianya seperti masker yang dilengkap dengan serum pelbagai kebaikan pada wajah khususnya untuk melembab. Sleeping mask biasanya hadir dalam pelbagai bentuk serum atau cecair yang terus sahaja boleh disapu pada wajah. Tanpa perlu dibilas atau tunggu hingga 20 minit, anda boleh terus bawa sehingga ke pagi esok.

Tapi….

Jangan guna sleeping mask pada setiap hari. Cukup sebagai produk kecemasan jika anda benar-benar kepenatan. Dikhuatiri kegunaan terlalu kerap boleh menyebabkan iritasi dan timbul masalah kulit yang lain. Ini kerana elemen pada sleeping mask lebih pekat dan tebal berbanding masker biasa. 

Seeloknya gunalah dua hingga tiga kali seminggu.

Pilihlah produk yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Disini penulis kongsikan 3 produk sleeping mask yang menjadi kegemaran penulis dan digunakan saat kecemasan.

#1 Innisfree Green Tea Sleeping Pack
Foto – Innisfree
#2 Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask
Foto – Tokopedia
#3 The Body Shop Drops of Youth Bouncy Sleeping Mask
Foto – Vancouver Beauty

Sleeping mask juga boleh dibawa ketika anda travel, senang tak perlu bawa berbotol-botol produk skin care

IKLAN