Kesihatan

Orang Tak Mengandung Pun Boleh ‘Morning Sickness’?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Orang Tak Mengandung Pun Boleh ‘Morning Sickness’?

Pantang dengar orang muntah, mual atau pening kepala pasti akan dituduh mengandung.

Excuse me! Muntah dan sakit loya bukan sahaja terkena pada orang yang berbadan dua. Anak gadis sedang datang bulan pun boleh sakit loya dan pening kepala. Paling terkesan bila sengaja kemaskini status di klinik sudah ada mereka yang terlalu excited mengirim kata doa dan ucapan tahniah. 

Aduhai…mari sini Wanista hendak jelaskan tentang sakit loya, muntah, tak sedap badan dan sebagainya atau lebih dikenali sebagai morning sickness

Morning sickness yang dimaksudkan ialah rasa tidak sedap badan dan penghadaman pada waktu pagi. Anda secara tiba-tiba rasa mual sejurus baru bangun tidur. Kenapa semua ini boleh terjadi? 

Kitaran tidur

Ia berkaitan dengan waktu dan kitaran tidur anda. Anda berkemungkinan tidak mendapat waktu tidur yang cukup sehingga memberi rasa tidak segar pada tubuh untuk bekerja. Jika anda kurang rehat atau tidur harusnya kena berjaga-jaga.

Pemakanan

Jadual makan yang tidak teratur juga mendorong kepada masalah yang sama. Sebagai contoh makan lewat malam atau satu jam sebelum tidur. Sebaiknya atur jadual makan datang dan elakkan mengambil makanan berat sebelum masuk waktu tidur.

Masalah panik

Biasanya mereka yang mudah rasa panik atau cepat gementar sering kali menghadapi gangguan mual dan sebagainya. Walaupun ia nampak normal tapi anda perlu ambil berat jika ia terlalu kerap. Berkemungkinan ia boleh menjadi suatu kebiasaan sehingga boleh menganggu kesihatan. 

Foto – Org

Iya, kakak kakak adik adik sekalian, lelaki pun boleh morning sickness kalau dikaitkan dengan perkara diatas. Sekian.

RUJUKAN