Fesyen

Pakai Dress Terbelah Dan Boots, Ni Fesyen Michelle Obama Paling Seksi

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Pakai Dress Terbelah Dan Boots, Ni Fesyen Michelle Obama Paling Seksi

Michelle Obama dikenali dengan fesyen yang sofistikated ketika menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat.

Tetapi sejak meninggalkan White House, ternyata beliau tampil lebih daring, bold, malah edgy, sehingga membuatkan ramai meneliti setiap fesyen yang dipakai.

Foto – Getty

Tak percaya, wanita 54 tahun ini mencuri tumpuan ketika menghadiri tour bukunya “Becoming” di New York baru-baru ini. Michelle mengenakan sepersalinan dress satin belahan tengah kuning keemasan dipadankan dengan sepasang thigh-high boots dengan perincian kilauan berharga lebih $3,900 (>RM16K) – dilaporkan kedua-duanya dari rumah fesyen Balenciaga.

Foto – Getty

“Sekarang, saya bebas melakukan apa sahaja. Saya sukakan boots ini dan ia sangat comel, ” jelas Michelle bila ditanya tentang outfit yang dipakai itu.

Ternyata tindakan bertukar angin dalam berfesyen mendapat pujian majalah Vogue dan menggambarkannya sebagai satu fesyen yang berani dan seksi.

Lihat gambar boots dari Balenciaga ini.

Berharga ($3900) dari Balenciaga. Foto – www.matchesfashion.com

Tiba-tiba teringat Neelofa, mesti dia suka boots sebegini…

RUJUKAN : 1, 23