Mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina, akhirnya, tempat penginapan mewah InterContinental Shanghai Wonderland mula beroperasi pada 1 Disember lalu.
Umumnya, hotel lima bintang ini terletak dalam kawasan kuari dan ia merupakan hotel penginapan yang terdiri dari 18 aras dengan 16 aras berada di bawah tanah berserta 2 aras lagi di bawah paras air.
Menawarkan sebanyak 336 buah bilik, hotel ini turut menawarkan pemandangan cantik dari bilik-bilik suites terpilih, perhiasan arca gergasi serta susur pejalan kaki yang diperbuat dari bahan kaca.
Menurut pihak hotel lagi, harga satu malam untuk menginap di InterCintinental Shanghai Wonderland adalah sekitar RM2358/semalam.
Tonton Dokumentari Pendek Tentang InterContinental Shanghai Wonderland
Menurut sumber, lebih 5,000 orang jurutera, kontraktor dan buruh binaan terlibat dalam perlaksanaan projek hebat ini. Biarpun ia dibina di kawasan kuari terbiar, keselamatan sudah diiktiraf bahkan, teknologi terkini seperti tenaga geothermal dan photovoltaics turut dimanfaatkan untuk merealisasikan kewujudan InterContinental Shanghai Wonderland.
Ketahuilah bahawa struktur hotel ini direka khas oleh firma seni bina Atkins and JADE+QA iaitu firma seni bina sama yang mencipta binaan terunggul di Dubai, Burj Al Arab Hotel.
Jadi, ada sesiapa yang sanggup kumpul duit untuk menginap di sini saat melancong ke China nanti?