Cinta & Perhubungan

Untunglah Lelaki Indonesia Muka ‘Biasa-Biasa’ Kahwin Gadis Cantik Bak Barbie

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Untunglah Lelaki Indonesia Muka ‘Biasa-Biasa’ Kahwin Gadis Cantik Bak Barbie

Cinta itu Buta.

Rasanya itulah perumpaan terbaik untuk pasangan baru berkahwin yang satu ini. Malah perkahwinan mereka tular di media sosial.  Kenapa agaknya?

Perkahwinan lelaki Indonesia Karna Radheya, 26, dengan gadis berusia 21 tahun, Polly Alexandria Robinson bukan sahaja menjadi berita utama di seluruh dunia, tetapi hampir memecahkan internet apabila gambar perkahwinan mereka tersebar di media sosial.

Radheya, seorang jurulatih sukan surfing dan pemilik restoran di Indonesia berkata, dia tidak pasti kenapa perkahwinannya dengan Robinson, seorang gadis Inggeris dari Manchester, akan menjadi tular.

“Satu-satunya niat saya adalah untuk menjadikan perhubungan halal. Tetapi sejak cerita kami tular, saya harap ia menjadi kisah inspirasi untuk para netizen,” jelasnya.

Menurut media tempatan, Radheya bertemu Robinson ketika dia bekerja di Bali lebih setahun lalu pada bulan Ogos 2017. Selepas beberapa bulan untuk mengenali antara satu sama lain, mereka akhirnya jatuh cinta dan mula dating. Mereka memutuskan untuk meneruskan hubungan walaupun selepas Robinson kembali ke England. Walaupun berhubungan jarak jauh, siapa sangka perasaan mereka semakin kuat dan memutuskan untuk menamatkan zaman bujang dalam upacara perkahwinan Muslim pada Ahad (16 Disember ).

Robinson memutuskan untuk menukar agama Islam, enam bulan lebih awal daripada rancangan mereka untuk mengikat di kampung halaman Radheya di Magelang, Indonesia.

“Ini adalah jodoh. Saya tidak pernah meminta tetapi Tuhan telah memutuskan bahawa Polly menjadi isteri saya dan saya benar-benar bersyukur, ” kata Radheya.

Bayangkan Radheya yang mempunyai rupa paras biasa-biasa sahaja boleh memiliki gadis Inggeris yang tinggi lampai dan cantik bagaikan Barbie, sudah pasti menjadi perhatian. Malah, ada segelintir netizen seperti ingin tahu apa rahsia lelaki ini sehingga berjaya mengikat gadis bidadari itu.

View this post on Instagram

Biru 🌊

A post shared by Polly Alexandria Robinson 🌾 (@pollyoddsocks) on

Menarikkan kisah mereka. Tapi siapa sangka…

RUJUKAN

BACA  Tanda Seseorang Masih Tak Maafkan Kamu... Walau Mereka Kata Sebaliknya