Fesyen

Gedung Pakaian LOL Tawar Pelanggan Cetak Baju-T Sendiri Di Stesen Cozmic Lab

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Gedung Pakaian  LOL Tawar Pelanggan Cetak Baju-T Sendiri Di Stesen Cozmic Lab

Pada harga serendah RM49, pelanggan yang gemar berjimat kini boleh memiliki sehelai Baju-T bercetak cantik, sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa, untuk lelaki dan juga wanita.

Khas buat mereka yang gemarkan gaya ringkas bersahaja, butik yang dibangunkan dengan nama LOL oleh anak jati Malaysia itu kini semakin membangun bahkan tampil memperkenalkan teknologi mesin pencetak hebat dipanggil Cozmic Lab -berupaya menawarkan servis pencetakan baju-T yang ambil masa tidak sampai 10 minit untuk siap!

Foto -Arkib Wanista

Pelanggan cuma perlu memilih saiz serta rekaan corak yang dikehendaki, dengan hanya menekan butang hijau pada mesin pencetakkan khas, Baju-T yang ditempah pelanggan tadi akan siap dalam masa singkat membuatkan

Foto -Arkib Wanista

LOL adalah satu-satunya gedung pakaian yang menyediakan stesen percetakan segera terunggul di Malaysia.

Buat masa ini, lebih 200 corak berdasarkan tema-tema kolaborasi tertentu ditawarkan LOL termasuklah Doraemon, Peanuts and NASA, Sega’s Sonic dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Menurut Joey Ching Yan Kit yang merupakan Ketua Pengawai Eksekutif LOL yang bernaung di bawah Super Gem Resources Sdn. Bhd, dakwat yang digunakan untuk mencetak helaian Baju-T adalah sejenis dakwat berasaskan air, justeru ianya sangat selamat untuk digunakan, malahan mesin percetakan yang dimanfaatkan untuk kegunaan Cozmic Lab juga adalah diiktiraf dari siri OEKO-TEX 100.

Foto -Arkib Wanista

Buat masa ini, stesen percetakan pakaian Cozmic Lab cuma ditawarkan di gedung pakaian LOL cawangan IOI City Mall, Putrajaya dan bakal dilancarkan di lebih empat buah lagi cawangan LOL sekitar Malaysia termasuklah di Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Berjaya Times Square dan di Paradigm Mall Johor Bahru.

Untuk saiz kanak-kanak adalah dari usia 3 hingga 12 tahun manakala saiz Baju-T dewasa adalah dari saiz S hingga XL. Sila klik [lolmalaysia.com] untuk keterangan lanjut.

BACA  Aduhai Cantik Sungguh Koleksi Sneakers Puma x Sophia Webster!