Cinta & Perhubungan

Sejujurnya… Ini Yang Lelaki Fikir Bila Lihat Perempuan Menangis

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sejujurnya… Ini Yang Lelaki Fikir Bila Lihat Perempuan Menangis

Tahu tak? Di Jepun, ramai wanita bujang sanggup membayar sejumlah wang kepada lelaki kacak untuk membuat mereka menangis lalu mengesat air mata mereka…

Menurut laporan yang diterbitkan National Geographic, ada sebuah syarikat di Jepun menawarkan servis ‘terapi menangis’ bagi melegakan kesengsaraan jiwa wanita dengan mempromosikan lelaki kacak bagi memujuk sekaligus melegakan masalah jiwa yang dihadapi.

Sumber: Google Images

Proses ini berlaku apabila syarikat tersebut menyediakan bilik-bilik khas untuk menempatkan pelanggan wanita -membiarkan mereka menonton video-video sedih sehingga mereka mengalirkan air mata. Sebaik selesai, lelaki kacak akan masuk untuk mengesat air mata mereka kerana dipercayai, ia dapat melegakan kesengsaraan jiwa yang dihadapi wanita.

Sumber: Google Images

Melihatkan ramai wanita Jepun yang berkerjaya dan memiliki profesion gah selalunya tidak mempunyai pasangan, keadaan itu akan membuatkan mereka berasa tertekan kerana tidak mempunyai tempat untuk meluahkan isi hati mereka. Oleh itu, servis ‘terapi menangis’ sebegitu sangat dibutuhkan ramai wanita solo di Jepun kerana sedikit sebanyak berjaya membuat hati mereka lebih lapang dan tenang.

Tonton Dokumentari Pendek Tentang Servis Terapi Menangis Di Jepun

Namun begitu, pernah tak kamu sebagai wanita terfikir apa pula yang berlegar di minda lelaki tatkala kamu menangis teresak-esak? Menurut pemahaman psikologi, ini yang mungkin teman lelaki atau suami kamu fikirkan saat mereka melihat kamu mengalirkan air mata bak seorang “Drama Queen”.

#1 Muncul Perasaan Ingin Tahu

Menurut forum perbincangan di girlsaskguys.com, ramai lelaki berkata yang mereka lebih tertarik untuk cari tahu apa masalah yang sedang dihadapi seseorang wanita yang sedang menangis. Adaiannya, sebanyak 90 peratus lelaki biasanya akan memujuk wanita kesayangan mereka biarpun kadang-kala wanita itu langsung tidak menghargai mereka. Sweet sangat!

#2 Rasa Bersalah Yang Amat!

Yup! Walaupun mereka langsung tak melakukan sebarang kesalahan terhadap kamu. Mungkin kerana itu juga, ramai wanita suka mengambil kesempatan dengan menangis untuk melangsaikan kesalahan mereka terhadap pasangan. Maklumlah, hati lelaki kan mudah ‘kecut’ kalau nampak perempuan menangis. LOL 

#3 Terasa Lebih Intim

Akal lelaki umumnya tidak secetek wanita yang asyik hendak jump to conclusion. Kebanyakan lelaki bersetuju bahawa mereka akan terasa lebih intim dengan pasangan sebaik mereka memujuk pasangan wanita mereka. Hal ini membuatkan mereka menggunakan ‘saat sadis’ (tempoh pujuk-memujuk) itu untuk memperbetulkan masalah hubungan yang dihadapi bersama pasangan.

Bila perempuan dah menangis, masa tu lelaki cucuk jarum untuk minta maaf. Perempuan kalau dah kena peluk, kena cium confirm senyap and lupakan kesalahan lelaki terhadapnya. Hehe

#4 Buat Bodoh Je!

Rileks. Jangan marah. Bila kamu menangis tetapi lelaki buat tak nampak bukan sebab diorang malas nak pujuk atau tak reti jadi romantik. Umumnya, diorang cuma mahu beri kamu ruang untuk ekspresikan perasaan sedih dengan mengeluarkan air mata sepuas-puasnya. Bagi lelaki, ada baiknya mereka tidak membuatmu lebih runsing. Sebab, ada jenis perempuan yang kalau menangis suka maki hamun orang, “Pergi! Leave me alone” katanya…

#5 Blur… … …

Memang ada lelaki yang jenis blur ni. Biasalah… tak semua lelaki tu sempurna macam hero-hero dalam drama Korea kegemaran korang tu. Kalau teman lelaki atau suami korang blur masa korang tengah menangis. Bawa-bawalah tenangkan diri sendiri. BACA: Nangis Banyak-Banyak Kalau Nak Dapat 5 Manfaat Kesihatan Ni

#6 Sumpah Tak Adil!

Ramai lelaki rasa perempuan sangat tidak adil bila mereka menangis dalam tengah-tengah perbalahan. Menggunakan tangisan sebagai senjata untuk berlagak ‘tidak bersalah’ dan bagi membuatkan kaum Adam rasa panik adalah sesuatu yang paling dibenci lelaki. Oh well!

Balik ni, cuba tanya pasangan kamu, betul ke apa yang mereka fikirakan tu? Sesungguhnya, air mata adalah senjata paling berkuasa buat wanita. Ia boleh membuatkan kaum Adam kaku, lalu menjadi lembut hati terhadap kamu.

Namun, jangan pula kamu selalu mengambil kesempatan dengan sengaja menangis untuk kepentingan sendiri (mendapatkan sesuatu dari lelaki). Jadilah wanita yang terbaik untuk pasangan kamu okay?

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4