Kecantikan

Semua Produk Ikonik Burt’s Bees Dah Ada Di Sephora Sekarang!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Semua Produk Ikonik Burt’s Bees Dah Ada Di Sephora Sekarang!

Jika anda peminat Burt’s Beeswax Lip Balm yang ikonik, Wanista nak beritahu yang keseluruhan produk Burt’s Bees sudah boleh didapati di Sephora seluruh negara.

Salah satu jenama kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi terkenal di dunia, Burt’s Bees kini berada di mana-mana 20 cawangan Sephora seluruh negara.

Foto – Arkib Wanista

Kebaikan Burt’s Bees

Sebagai pembekal utama produk penjagaan diri yang komite, Burt’s Bees adalah 99 hingga 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya atau pengawet sintetik seperti parabens, phthalates, petrolatum atau natrium lauryl sulfate (SLS).

Setiap bahan telah dikaji dengan teliti dan dipilih khusus kerana nutrien yang berfungsi bersama. Bahan-bahan kaya dengan nutrien ini – penuh dengan vitamin, mineral, antioksidan, asid lemak penting dan phytonutrients lain – kemudian dirumuskan untuk memastikan sukatan yang betul, seperti yang di inginkan oleh alam semulajadi.

Foto – Arkib Wanista

Burt’s Bees berusaha untuk menggunakan bahan-bahan yang menawarkan manfaat serbaguna. Sebagai contoh, di mana sesetengah produk menggunakan silikon sintetik untuk meningkatkan tekstur, Burt’s Bees menggunakan minyak kelapa untuk fungsi penghalang kelembapan kulitnya serta sifat anti-bakteria, antikulat dan antioksidannya, selain memberi tekstur yang menyenangkan.

Untuk mengetahui promosi terbaru dan maklumat lanjut pelbagai produk Burt’s Bees, sila layari www.sephora.my atau www.burtsbees.com.

BACA  First In Malaysia! APRILSKIN Kini Ada Gedung Persendirian Di SOGO KL