Demam selesema yang dipanggil Influeza bukanlah penyakit biasa yang boleh diendahkan semata-mata. Ia merupakan salah satu penyakit serius yang sebenarnya bisa menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya lain sekaligus mengancam nyawa si penghidap tanpa petandaa jelas.
Saban tahun semakin ramai yang terkena penyakit demam selesema Influenza ini, justeru untuk memperjelas efek keburukannya terhadap tubuh seseorang, istimewa buat pembaca Wanista sekalian… ketahuilah bahawa Influenza juga boleh menyebabkan tiga penyakit kronik lain termasuklah:-
#1 Jadi Punca Sakit Jantung
Ketahuilah, pesakit jantung yang dijangkiti Influenza adalah enam kali lebih berkemungkinan terkena serangan jantung dahsyat sehingga menyebabkan kematian.
Untuk itu, pesakit jantung sangat disyorkan untuk mengambil vaksinasi Influenza bagi mengelakkan diri mereka menemui ajak secara mengejut.
#2 Sebabkan Diabetes
Secara tidak langsung, jangkitan influenza boleh menyebabkan paras glukos (gula) dalam darah meningkat pada tahap bahaya lalu, menawar risiko berlakunya jangkitan lain termasuklah komplikasi diabetes yang bisa mengancam nyawa.
Pesakit Diabetes juga mungkin lambat pulih kerana proses pemulihan akan mengambil masa. Bahkan, apabila Influenza bergabungan dengan penyakit diabetes, ia secara tidak langsung mampu meningkatkan kemudaratan kesihatan berbentuk masalah jantung serta strok.
#3 Rosakkan Fungsi Ginjal (Buah Pinggang)
Jangkitan Influenza pad atubuh manusia secara tidak langsung akan menguraikan otot lalu menghasilkan sampingan toksik yang bisa merosakkan sistem ginjal.
Kajian yang dilakukan terhadap 47 orang pesakit H1N1 umpamanya, didapati 2/3 antara mereka mengalami kecederaan serta ketidakfungsian ginjal. Akhirnya, terpaksa menjalani dialisis untuk menapis darah.
Oleh itu, adalah penting untuk seseorang mengambil vaksinasi kerana ia berupaya mengawal keaktifan virus malahan, mengurangkan risiko kematian terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia, Lebih baik mencegah awal daripada merawat bukan?
Untuk keterangan lanjut berkenaan wabak Influenza serta cara menanganinya, sila klik [immunise4life.my/beattheflu].