Dengan harta berjumlah $5.4 bilion, beliau yang merupakan pengasas dan penerbit sekuel filem aksi fantasi kegemaran ramai iaitu Star Wars telah dinobatkan sebagai selebriti terkaya abad ini mengalahkan Kylie Jenner dan Jay Z!
Terima kasih kepada Disney kerana membeli produksi dan syarikat Lucasfilm pada harga $4.1 billion pada 2012.
Duduk di tangga kedua adalah pembikin filem yang popular dengan karya sekuel “Jurassic Park” iaitu Steven Speilberg dengan harta $3.7 billion, diikuti jutawan media, Oprah Winfrey, dengan harta $2.8 billion.
Manakala, individu terkaya di tangga ke-4 adalah sosok pemain bola keranjang popular era 90-an -sekian lama sudah memiliki perniagaan kasut koleksi Jordan yang bernaung di bawah NIKE iaitu Micheal Jordan dengan jumlah harga terkumpul sebanyak $1.7 billion.
Terdahulu, Kylie Jenner disenarai sebagai selebriti Amerika paling kaya 2018 dengan harta bernilai $18.7 billion sekaligus menyandang status jutawan termuda yang menjana kekayaan dengan hasil titik peluh sendiri -dikumpul dari keuntungan syarikat kosmetik Kylie Cosmetics yang merupakan 100 peratus miliknya.
SUMBER