Siapa sangka pada mulanya hanya ingin berkongsi berita gembira dengan peminat bertukar hinaan.
Bekas bintang porno Jepun, Sora Aoi mengumumkan bahawa dia sedang hamil lima bulan dengan suaminya DJ Non, tetapi sayangnya peminat tidak menerima berita tersebut dengan cara yang baik.
Sora Aoi, 35, yang kini mengajar pendidikan seks kepada lelaki di China membuat pengumuman di akaun Weibonya.
Dalam perkongsian yang sudah dipadam, yang disertai dengan gambarnya dan suami, Aoi menyenaraikan beberapa hinaan dan kritikan yang diterima dari 19 juta pengikut tentang pekerjaannya.
“Saya pernah mendengar orang berkata: “Dia tidak boleh hamil. Sekiranya dia mempunyai anak, anak itu akan menjadi sangat menyedihkan, apatah lagi miliki ibu sepertinya. Untuk itu, Aoi membalas: “Kenapa mempunyai anak? Kerana saya mahukan anak! Jelas sekali, saya akan meletakkan masa depan anak yang pertama… Saya akan bekerja keras! Saya mahu menjadi ibu yang baik.”
Aoi pertama kali mengumumkan pertunangan dengan pemuzik Jepun, DJ Non pada 1 Januari lepas. Dalam blognya, dia mengatakan keinginan untuk memulakan sebuah keluarga selalu menjadi salah satu impiannya dan betapa dia tidak menyesal pernah bergelar seorang bintang porno.
“Saya tidak menyesal pernah membuat filem dewasa, tetapi itu tidak bermaksud saya tidak merasa malu bila memikirkan bagaimana tanggapan masyarakat terhadapnya. Untuk membina keluarga, anda perlu menerima masa lampau dan masa depan, jadi saya fikir suami saya benar-benar lelaki yang hebat kerana terima saya seadanya.”
Biasalah manusia yang buruk dikenang, tapi bila ada yang ingin berubah menjadi baik dihina, dikritik…. Cubalah bawa lupakan masa lampau, buka buku baru.