Fesyen

Beg Tangan Genit Mempersona Inspirasi Ketupat Oleh Materialipsticks

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Beg Tangan Genit Mempersona Inspirasi Ketupat Oleh Materialipsticks

Materialistick yang merupakan salah satu jenama beg tangan mewah tanah air baru-baru ini tampil dengan rekaan beg tangan baharu untuk siri Alyson dipanggil ALYSON NANO

Saiznya lebih genit dan ditawarkan dalam empat rona menarik, beg tangan ini bukan sahaja boleh membawa barangan peribadi harian kamu dengan cara yang paling praktikal tetapi dalam masa yang sama, ia mampu menjadi aksesori fesyen terbaik -khas buat pengguna yang mementingkan keterampilan berciri moden.

Foto -Arkib Wanista

Antara kelebihan ALYSON NANO adalah ianya diperbuat daripada material kulit lembu yang tahan lasak, lapisan pada kemasan kelim sisi beg semuanya menggunakan hamparan baldu lembut manakala, selain pemegang solo pada bahagian atas badan beg untuk yang gemarkan gaya ringkas… ia turut dilengkapi tapi panjang mudah laras yang boleh disangkut ke bahu jika sudah bosan memegang dangan cara menggenggam.

Foto -Arkib Wanista

Jangan risau, perhiasan besi yang dimanfaatkan pada setiap satu unit ALYSON NANO juga adalah tahan karat kerana diperbuat dari perak.

Terdapat dalam rona Biru, Merah Jambu, Perang dan Kelabu, setiap satunya pasti berkelas untuk dipamerkan menerusi Instagram bagi yang suka merakam kenangan #OOTD stailo.

Foto -Arkib Wanista

Jangan tak tahu, simpulan unik yang menjadi simbol gah pada bahagian hadapan badan beg ALYSON NANO itu adalah diinspirasikan dari simpulan ketupat tau. Materialipstick memang bijak menggabungkan hasil rekaan beg tangan mewahnya dengan ciri-ciri keunikan Malaysia.

Bahagian belakang beg. Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [materialipstick.asia]. ALYSON NANO dijual pada harga RM1,380 setiap satu. Kamu boleh dapatkan ALYSON NANO di butik utama Materialipstik mahupun di Fashion Valet sekarang!