Dekorasi

Shopping Perabot Baru Cantik Di Kedai Barangan Hotel Terpakai Ni

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Shopping Perabot Baru Cantik Di Kedai Barangan Hotel Terpakai Ni

Cantik, antik dan banyak pilihan. Itulah gambaran penulis tentang betapa seronoknya membeli perabot di kedai-kedai barangan terpakai ini. Rasanya sama seperti puas membeli baju-baju berjenama di kedai-kedai bundle.

IKLAN

BACA: 5 Kedai Bundle Ini Jual Baju Cantik Untuk Wanita

Maklumlah, sebagai individu yang baru berkahwin contohnya… setelah berhempas-pulas membelanjakan bajet besar untuk merealisasikan resepsi dan kenduri, memang sukar hendak menstabilkan kembali situasi kewangan.

Untuk yang hendak masuk rumah baru tu, boleh ikut tips penulis untuk membeli barang-barang perabot cantik pada harga rendah di kedai-kedai yang menjual barangan serta perabot hotel terpakai ni!

#1 Agip Solutions, Batu Caves

Kalau kamu pernah dengar tentang kedai ini, kamu pasti jelas yang kedai mereka berlokasi di Taman Tun Dr. Ismail. Namun dari makluman terkini, khabarnya mereka sudah berpindah ke Batu Caves!

Jika kamu memang gemar barangan perabot yang berciri mewah serta meja-meja dan almari yang berasaskan kayu kukuh, bolehlah cari pilihan hati di sini. Bayangkan harga meja konsol adalah semurah RM400. Siapa yang tak mahu?!

Percaya tak harga arm chair eksklusif ni tak sampai RM600 pun sebuah? Sumber: facebook/perabothotel

Pilihan cermin-cermin hiasan dinding cantik pelbagai bentuk dan warna pun turut ditawarkan pada harga serendah RM300. Lampu hiasan meja pun ada dari RM170 hingga RM450 bergantung pada rekaannya.

Sumber: facebook/perabothotel

Alamat: Jalan Sbc 6, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Selasa hingga Sabtu dari jam 9am – 6pm | Tutup Ahad & Isnin

IKLAN

#2 Kedai Kaki Lelong, Petaling Jaya

Dinobat kedai barangan terpakai hotel paling syok untuk dikunjungi, bukan hanya perabot yang ditawarkan di Kedai Kaki Lelong ni. Peralatan elektrik pun turut dijual!

Foto -Hizwan Hamid

Rata-rata perabot terpakai yang dijual di sini juga berkondisi baik, telah dibaiki kerosakannya membuatkan ramai pelanggan berpuas hati.

Foto -Hizwan Hamid

Jadi, buat apa korang berbelanja lebih beli perabut baru kalau ada perabot terpakai mewah bekas milik hotel ternama yang boleh dibeli secara murah?!

Alamat: 67 Lorong Scott, 40470, Brickfields, KL

Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10am -7pm

#3 Kin Peun Trading, Batu Caves

Kedai kegemaran penulis! Layanan yang diberikan pekerja-pekerjanya juga boleh tahan bagus tau! Terdapat seleksi pilihan terbaik yang terdiri dari perabot kayu berbentuk meja makan, rak, kerusi makan, sofa, meja konsol, pinggan mangkuk hotel, cermin hiasan, lampu hiasan, bantal hotel, cadar, tilam, langsir hotel dan banyak lagi!

Sumber: Kin Peun Trading

Bukan tu je, bilik pameran Kin Peun ni ada lebih 3 tingkat tau. Memang akan rambang mata jadinya, Tingkat atas sekali ditempatkan perabot-perabot hotel yang sudah diperbaharui dengan material dan fabrik lebih cantik.

Wing armchair. Sumber: blogspot/noryusnita

Kalau nak rasa puas, kena pergi tengok sendiri dan terus beli! Jangan risau kerana servis lori penghantaran barangan ke rumah juga boleh disediakan pihak Kin Peun.

Alamat: No. 69-71, Jalan Sri Utara 1, Seri Utara Off Jalan Ipoh, Batu 7, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Tutup hari Ahad | Isnin hingga jumaat dari jam 10am – 6pm, Sabtu dari jam 10am – 2pm

#4 Perabot Haji Hussin

Kalau sebut nama kedai perabot hotel ni memang semua orang kenal! 

Sumber: Google Images

Kedainya sangat popular bagi penduduk-penduduk setempat di Melaka, mereka banyak menawarkan barangan perabot hotel asli dan juga yang sudah diperbaharui untuk para pelanggan sekalian. Sofa di sini memang cantik-cantik dan rekaannya boleh tahan mengancam!

Sumber: Facebook

Macam-macam warna ada tau! Boleh datang dan tengok sendiri.

Alamat: Blok A, Kompleks IKS Duyong, Jalan Taman IKS Duyong, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 10am – 6pm

#5 AB Kedai Barangan Hotel Terpakai

Rasanya kedai ini ada banyak cawangan termasuk di Melaka dan Kuala Pilah tau! Namun, jika andaorang semenanjung, bolehlah berkunjung ke bilik pameran mereka yang terletak di Setapak ni.

Sumber: Facebook

Harga yang ditawarkan juga bukan main murah. Sebiji bantal hotel yang empuk cuma RM15 sebiji! Set kerusi lengan (armchair) baru RM190 je! Pilihan sofa, katil pelbagai saiz, rak kasut, almari, troli dapur pun ada ditawarkan. Jom serbu ramai-ramai.

Alamat: No.68-G (Aras Bawah), Wangsa Biz Avenue, Jalan Usahawan 7, Off Jalan Kilang, Setapak, KL

Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10am – 10pm

BERBALOI KE?

Kalau ikut pendapat penulis, memang berbaloi sebab perabot hotel ini biasanya berkualiti baik. Kayu serta fabrik yang digunakan bukan calang-calang jadi kalau dapat beli pada harga murah dari harga pasaran, itu memang sudah cukup beruntung untuk kamu tau!

MURAH! Kerusi lengan siap diperbaharui cuma RM400 sebuah jika dibeli di kedai baranngan hotel terpakai. Sumber: meisze.com

Kondisi perabot juga boleh dikira baik kerana kalau ada cacat-cela pun, ia tidak kelihatan terlalu obvious. Nama pun second hand kan… mestilah tak sempurna 100%.

Untuk pengetahuan semua lagi, kebanyakan perabot hotel ini semuanya didapatkan dari hotel-hotel bertaraf lima bintang yang berlokasi sekitar Asia contohnya dari Hong Kong dan lain-lain.

Happy shopping!