Satu sahaja soalan penulis, kenapa tidak mencari pekerjaan jika ada masalah kewangan?
Ceritanya begini, apabila pemilik asrama di Mong Kok, Hong Kong meminta bayaran, Etta Ng dan isterinya Andi Autumn boleh membayar hanya HK $20 ($3.50).
Anak perempuan Jackie Chan itu menjelaskan dia hanya miliki sejumlah itu sahaja. Etta, 19, dan Andi, 31, yang berkahwin bulan lepas di Kanada telah menginap di hostel tersebut lima malam yang keseluruhannya berharga HK$2,250.
Baca: Anak Perempuan Jackie Chan Selamat Kahwini Teman Wanita Walaupun Ditentang
Pasangan lesbian menginap di situ sejurus pulang ke Hong Kong dari Kanada. Pemilik hostel menambah bahawa bilik itu dipenuhi dengan sisa makanan dan sampah.
Selepas Etta dan Andi diminta keluar, mereka pergi mencari bantuan dari ibu Etta, Elaine Ng yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Jackie Chan sekitar tahun 1999. Ternyata hubungan ibu dan anak ini baik-baik sahaja tetapi sayangnya Jackie Chan masih terus bisu apabila ditanya perihal kehidupan Etta.
Nampaknya Jackie Chan memang buang terus anaknya ye…