Tips - Kecantikan

MUA Ajar Cara Berkesan Tutup Jeragat Guna Mekap

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
MUA Ajar Cara Berkesan Tutup Jeragat Guna Mekap

Memang lazimnya kita menggunakan mekap bukan hanya untuk kelihatan cantik semata tetapi adalah untuk menutup kekurangan pada wajah.

Namun, ramai diantara kita gagal menutup cela seperti jeragat dengan baik kerana pigmentasinya pada kulit adalah lebih gelap dan sukar dilitupi dengan mekap secara sempurna seperti jerawat.

Ini tips yang MUA kongsikan buat kamu yang sering gagal menutup jeragat atau tompok hitam pada wajah biarpun menggunkana concealer paling mahal.

Tips #1: Rawat Kulit Cerahkan Jeragat

Lebih gelap jeragat kamu, lebih sukar menutupnya dengan mekap. Untuk itu cuba rawat permukaan kulit yang bermasalah dengan cecair glyclic, salicylic atau lactic acid. Sapuan ketiga-tiga cairan itu mampu menghakis lapisan kulit paling luar secara lembut -mencerahkan parut dan jeragat pada wajah secara berperingkat.

Kamu pasti akan kagum melihat betapa jeragat pada kulit kamu lebih cerah, bahkan lebih senang menutup cela dengan bedak asas serta concealer dengan rapi.

Tips #2: Cocok Dengan Warna Leher Atau Dada

Ramai orang salah teknik apabila mencari concealer yang sama dengan warna jeragat atau parut walhal, cara terbaik untuk menutup jeragat adalah dengan mencari rona foundation atau bedak asas yang sama dengan warna kulit.

Untuk cari warna yang lebih tepat, cuba padankan foundation atau concealer pilihan dengan warna leher atau warna kulit dada kamu.

Tips #3: Guna Jari Je!

Ramai tak tahu sebenarnya menggunakan jari lebih mudah dan sempurna untuk menyapu concealer dengan baik. Ini kerana jari lebih lembut dan haba dari tangan sebenarnya mampu mencairkan produk pada suhu terbaik agar ia melekat pada kulit lebih lama. Jika tetap mahu menggunakan alat, cuba guna BeautyBlender.

Sama dengan menggunakan jari, cuba manfaatkan gerakan menekap-nekap kerana parut atau heragat akan tertutup rapi bila kamu menekap lembut sama ada menggunakan jari atau BeautyBlender sekalipun.

Tips #4: Alihkan Fokus Dengan Sapuan “Cream Blush”

Cuba guna warna neutral yang memiliki tona panas seperti pic atau oren. Supaya orang tidak terus nampak tompokan jeragat kamu, boleh alihkan perhatian mereka dengan sebarang sapuan cream blush. Ini kerana cream blush mampu membentuk hasil kemerahan pipi yang asli.

Bahkan warna-warna pemerah pipi yang natural sebegitu sesuai dengan semua jenis tona kulit baik cerah mahupun gelap.

Sekarang dah faham caranya? Jangan lupa, pastikan kamu sapu bedak asas dahulu sebelum sapu concealer. Barulah jeragat tertutup kemas. 

Foundation dulu sebelum concelaer! Selamat beramal! ❤

RUJUKAN