Tahu lagu bahasa asing yang tengah popular, viral dan banyak dimainkan di radio tempatan? Adakah Blackpink “Dududu”, Siti Badriah “Lagi Syantik”?
Sebenarnya perkataan “viral” tidak penah wujud sehinggalah sekitar tahun 2011 apabila Instagram mula menjadi platform media sosial paling popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Sejak itu, apa sahaja perkara yang berlaku dalam negara mahu luar menjadi perhatian. Seperti juga dengan lagu bahasa asing yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, bukan sahaja yang kecil yang dewasa, orang emas juga mengetahui lagu mereka. Walaupun kita tidak tahu menahu akan maksud lagu tersebut tapi nescaya muzik itu universal jadi asalkan irama sedap didengar ia menjadi bualan ramai.
Nak dibandingkan dengang zaman lampau yang teknologi masih ditakuk lama, tapi siapa sangka ada juga beberapa lagu yang asyik dimainkan malah cipta fenomena tersendiri di negara kita.
Lagu apa? Ini dia….
Thalia – Rosalinda
Masih ingat akan Rosalinda? Drama Mexico yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, watak utama Rosalinda, berperwatakan lemah lembut dan manja dengan rupa paras cantik manis. Lagi satu lagu tema turut sama menjadi siulan bukan sahaja anak muda yang ‘mak-mak’ juga.
Baca: Usia 40-an, Thalia “Rosalinda” Masih Nampak Muda Remaja. Apa Rahsianya?
Amr Diab – Tamally Maak
Lagu bahasa Arab yang satu ini mesti biasa dengar kan? Tamally Maak yang dinyanyikan oleh bintang pop kelahiran Mesir, Amr Diab. Alunan suara yang mendayu-dayu disusuli irama muzik mengasyikkan, Tamally Maak bermaksud ‘Always with You’.
Psy – Gangnam Style
Siapa yang tidak tahu akan lagu Gangnam Style yang mencipta fenomena dunia sehingga merubah kehidupan penyanyi Psy. Sehingga kini, tarian pelik ala-ala menunggang kuda menjadi viral malah sehingga dibawa ke dalam babak sesetengah filem Hollywood.
Humood AlKhudher – Kun Anta
Alunan lagu yang merdu dan iramanya yang catchy, ditambah pula dengan rupa paras penyanyi yang kacak, mungkin sebab itulah ramai yang tertarik dengan lagu berjudul ‘Kun Anta’ yang dinyanyikan oleh Humood AlKhudher.
Maher Zain – Insha Allah
Sebelum Humood Alkhudher, Maher Zain terlebih dahulu mencipta fenomena di Malaysia dan negara serantau menerusi laguya “Insha Allah”. Lagu yang menyelitkan bait-bait lirik dengan penuh makna tersirat cukup mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sehinggakan beliau membuat versi Bahasa Melayu.
Wonder Girls – Nobody
Jika anda merupakan peminat K-Pop, pasti tahu kehebatan lagu Nobody yang dinyanyikan oleh lima gadis comel dari Korea Selatan, bahkan dinyanyi Dato Siti Nurhaliza. Bukan sahaja lagunya catchy malah gerak langkah tarian yang seragam juga membuatkan ramai tertarik dengan lagu ini.
Winter Sonata – From The Beginning Until Now
Drama Korea yang mula-mula dimainkan di Malaysia. Winter Sonata jalan cerita tragis, sarat dengan adegan air mata malah soundtrack yang penuh dengan memori terindah. Sampaikan penyanyi kita, Hazami keluar dengan lagu ‘Sonata Musim Salju’.
Luis Fonsi ft DJ Yankee – Despacito
Sayangnya Despacito diharamkan main di stesen-stesen radio dan televisyen seluruh Malaysia kerana mengandungi bait lirik yang kurang enak maksudnya atau lebih senang agak lucah. Lagu dendangan penyanyi asal Puerto Rico, Luis Fonsi bersama rapper Daddy Yankee tersebut merupakan satu fenomena kerana berjaya menduduki tangga teratas dalam carta muzik seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Baca: Lirik Penuh Ayat Lucah, Despacito Haram Keluar Di Stesen Radio & Televisyen RTM
Antara semua di atas, lagu manakah yang masih korang dengar?