Tips - Kecantikan

5 Perkara Wanita Perancis Lakukan Untuk Nampak Cantik Berseri

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
5 Perkara Wanita Perancis Lakukan Untuk Nampak Cantik Berseri

Bonjour!

Wanita Perancis terkenal kecantikan, fesyen dan sikap secara keseluruhannya.

Bila bercakap bab kecantikan, apa yang perlu kita tanamkan ialah wanita Perancis mementingkan cara yang ringkas dan tidak melebih-lebih, less is perfect!

Ini yang diterapkan oleh mereka dalam menjaga penampilan seharian.

Jangan jadi Sempurna

Pada wanita Perancis, mereka tidak meletakkan kesempurnaan – rambut, gigi dan kulit tidak perlu sempurna.

View this post on Instagram

☕️

A post shared by Louise Follain (@louisefollain) on

“What’s not perfect is really what we love about it,” jelas pengasas La Ligne Valerie Macaulay. Rambut anda tidak perlu lurus dengan sempurna, kedutan atau freckles juga tidak perlu ditutup dengan mekap.

Mekap yang Natural

“It’s about being confident in your own skin,” katanya lagi.

View this post on Instagram

On the way to @zadigetvoltaire 🕯📿

A post shared by Louise Follain (@louisefollain) on

Tampak segar adalah keutamaan wanita Perancis, dan ia datang daripada solekan yang minimun. Mereka mahu kelihatan anggun dengan cara yang semulajadi tanpa berusaha keras. 

Rona Merah itu Seksi

View this post on Instagram

Jet lag and reunited with this monster 🦁

A post shared by Jeanne (@jeannedamas) on

Orang perempuan kalau calit gincu pun dah elok sebenarnya, biar nampak muka jadi fresh sentiasa. Itu yang diterapkan wanita Perancis, biar gaya ringkas tapi mesti ada satu perkara yang tonjolkan, seperti gincu bibir rona merah. Merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa dan miliki sifat kepimpinan.

Aksesori pelengkap Gaya

Apabila wanita Perancis mengenakan aksesori, ia mestilah serba minimalis, cantik dan bersifat sentimental. Pada mereka reka bentuknya yang minimalis sesuai digayakan untuk semua peringkat usia, malah akan membuatkan anda kelihatan lebih manis dan anggun, orang kata ada ciri klasik.

Baca: Tiru Vanessa Hudgens, Miranda Kerr! Kelebihan Aksesori ‘Halus’ Buat Korang Nampak Stailo

Rambut yang ‘Messy’

Selain mementingkan kecantikan semulajadi, wanita Perancis menitik berat dalam soal pengayaan rambut. Mereka lagi suka kalau rambut dibiarkan mengurai tanpa sebarang dandanan, #bedhairday yang seperti rambut tidak dicuci dan rambut bangun tidur adalah seksi. Pelikkan? Nak tiru cara mereka, klik link di bawah.

Baca: Ini Cara Wanita Perancis Jaga Rambut. Korang Pun Boleh Ikut!

Dulu penulis pasti akan mendandan rambut setiap kali ingin keluar tetapi kini seiring dengan usia mulai meningkat, ternyata selesa dibiarkan begitu sahaja. Lagi satu, penulis tak suka sikat rambut.. tak tahu kenapa.

RUJUKAN