Hiburan

Lihat Rahsia Gempak Di Sebalik Video Muzik “Thank You, Next” Ariana Grande

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lihat Rahsia Gempak Di Sebalik Video Muzik “Thank You, Next” Ariana Grande

Dah dengar lagu terbaharu nyanyian Ariana Grande? Ia mungkin merupakan lagu putus cinta paling hangat untuk tahun 2018 ni.

Lebih gempak lepas korang tonton video muzik lagu berjudul “Thank You, Next” tu sebab secara tidak langsung, kamu pasti akan terperasan ada beberapa elemen tersembunyi yang mungkin mengejutkan ramai.

Tonton Video Muzik “Thank You, Next” Oleh Ariana Grande

Menurut Wanista, ini 8 elemen tersembunyi yang perlu kamu tahu.

#1 Gosip Sepanjang 2018 Jadi “Intro”

Artis mana yang pernah terlepas daripada gosip, lebih-lebih lagi bintang popular seperti Ariana Grande. Untuk mewujudkan suatu kelainan, nampaknya Ariana mengimbas kembali gosip-gosip yang pernah melanda dirinya sepanjang 2018 ini.

Menguatkan spekulasi kehamilan, “Sejak bercinta dengan Pete, Ariana sering dilihat memakai pakaian yang agak longgar malah sering cuba menutup bahagian perut dengan beg tangan dan jaket”.

Sumber: Youtube

Termasuklah tentang berita panas saat dia memutuskan pertunangan dengan aktor komedi Pete Davidson, gosip tentang dia sedang hamil kerana menerima lamaran Pete biar baru sebulan bercinta sekitar Mei 2018 serta gosip berkenaan dirinya dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang wanita bernama Aubrey (dianggap lesbian) gara-gara lantunan lirik, “Cause her name is Ari” didengar “Cause her name is Aubrey”.

Tonton Video Penerangan Kesalahan Lirik “Ari” Menjadi “Aubrey”

#2 “Babygirl” Mungkin Tajuk Lagu Baru

Kalau kamu perasan, terdapat dua babak yang memperlihatkan perkataan “Babygirl” yang dikatakan seolah-olah petunjuk yang cuba disampaikan Ariana secara tersembunyi. Kedua-dua babak ini adalah pada tempoh awal video muzik “Thank You, Next”.

#3 4 Filem “Girly” Popular Jadi Ilham Utama

Jika kamu meminati filem-filem lama Hollywood yang berlatarkan konsep feminin seperti penulis, kamu pasti lekas tangkap bahawa video muzik “Thank You, Next” ini mengambil inspirasi daripada 4 buah filem popular yang diterbitkan sekitar awal tahun 2000 termasuklah “Mean Girls”, “Bring It On”, “13 Going 30” serta “Legally Blonde”.

Filem “Mean Girls” terbitan tahun 2004. Sumber: Pinterest

#4 “Burn Book” Jadi Diari Memori Cinta

Sumber: Pinterest

Jika mengikut jalan cerita sebenar dalam filem “Mean Girls”, diari merah jambu diberi nama BURN BOOK itu adalah buku yang digunakan karakter utama Regina George untuk menulis maki hamun terhadap orang yang paling dibencinya. 

Namun, Ariana meletakkan twist sedikit apabila mengubah BURN BOOK menjadi buku memori cintanya dengan menampal semua foto ketiga-tiga bekas teman lelakinya cuma bukan Mac Miller atau nama sebenarnya Malcolm.

“Thought I’d end up with Sean
But he wasn’t a match
Wrote some songs about Ricky
Now I listen and laugh
Even almost got married
And for Pete, I’m so thankful
Wish I could say, “Thank you” to Malcolm (Mac Miller)
‘Cause he was an angel”

Ini kerana Mac Miller sudah pun mati sekitar September lalu kerana bunuh diri dan Ariana sentiasa mengenang Mac Miller sebagai seorang insan yang paling baik pernah dikenalinya.

#5 Nombor Plat Kereta “7 Rings”

Pada awalnya orang menyangka nombor plat yang tercatat dengan perkataan “7 Rings” itu adalah petunjuk kepada tajuk lagu baru Ariana namun hakikatnya, ia adalah simbol kepada kekuatan Ariana yang merupakan 7 orang rakan karibnya. 

Sumber: popbuzz.com

Kalau kamu perasan, terdahulu Ariana pernah memuat naik tentang cincin yang dibelinya bersama 7 orang rakan karibnya ke akaun Instagram sebagai tanda persahabatan mereka.

#6 BDE Singkatan “Big Dick Energy”?

Penulis juga pernah tertanya-tanya mengapa Ariana yang cantik dan popular boleh jatuh cinta terhadap pelakon komedi Pete Davidson yang tidak seberapa itu?

Sumber: Cosmopolitan

Ramai tidak merestui pilihan Ariana dan sangat mengejutkan apabila Ariana terus menerima lamaran Pete (kini sudah putus) biarpun mereka baru sebulan berkenalan.

Gara-gara rimas dengan ketidak-puasan hati netizen, Ariana memuat naik status di Twitternya bahawa apa yang menarik perhatian beliau terhadap Pete adalah kerana kema*uan Pete yang boleh dikira agak panjang melebihi lelaki-lelaki lain. JOKE! Sejak itu, singkatan BDE menjadi popular dalam kalangan netizen. 

#7 Ciri-Ciri Kecil Dalam Filem Juga Ditiru!

Dari segi latar dialog lakonan, set pengambaran, pakaian hinggalah ke aksesori… secara terperinci boleh dikatakan video muzik “Thank You, Next” ini meniru habis kesemua elemen dari filem original. Pasti besar bajet yang diperuntukan untuk menjayakan video muzik ni.

Terdapat banyak elemen yang ditiru bulat dan salah satunya adalah buah rantai yang dipakai watak Regina George dari filem “Mean Girls”!

#8 Keluarga Turut Serta Dalam Video Muzik

Dalam ramai tidak sedar, ibu kandung dan abang kepada Ariana turut berada dalam video muzik “Thank You, Next”secara tidak langsung!

Ibu kandung Ariana yang duduk di barisan belakang Kris Jenner dalam babak dari filem “Mean Girls”, manakala poster abang Ariana dilihat terpampang pada dinding dalam babak yang disunting dari filem “Bring it On”.

Kesimpulannya, Ariana memang kreatif dan sehingga kini, video muzik “Thank You, Next” sudah mendapat hampir 200 Juta tontonan di Youtube dan merupakan video kedua trending di Youtube!

Tahniah dan lagu ini memang layak digelar breakup anthem terbaik sepanjang zaman. ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

BACA  Penonton Keliru Zac Efron Jadi Watak Pembunuh Bersiri Adaptasi Kisah Benar