Gossip Antarabangsa

Aktor Hong Kong Hamilkan Peminat Sendiri, Dakwa Tak Nak Bertanggungjawab

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Aktor Hong Kong Hamilkan Peminat Sendiri, Dakwa Tak Nak Bertanggungjawab

OMG!

Aktor Hong Kong Hugo Wong didakwa tidak mahu bertanggungjawab selepas menghamilkan peminatnya sendiri. 

Kisah bermula apabila Hugo Wong bertemu dengan peminat yang dikenali sebagai Michelle dalam satu acara di Guangzhou, China. Mereka berdua dilaporkan telah tidur bersama di sebuah hotel seminggu kemudian, selepas menghubungi satu sama lain melalui platform media sosial China Weibo.

Foto – Toggle

Wong kemudiannya mula menjauhkan diri dari Michelle, tetapi bertemu semula pada bulan Julai di Shenzhen. Tidak lama kemudian, Michelle mendapati dia sedang mengandung. Apabila Wong tidak membalas mesejnya, Michelle memutuskan untuk mengumumkan kisah mereka secara umum. Itu mendorongnya untuk menyelamatkan keadaan.

Bagi meredakan keadaan, Wong tampil menjelaskan; “Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini kerana saya tidak cukup berani untuk melakukan apa-apa. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Wong menambah bahawa walaupun mereka melakukan hubungan kelamin, dia tidak pasti sama ada dia adalah bapa kepada anak yang dikandung Michelle dan mahu melakukan ujian DNA.

Giphy

Dilaporkan Michelle yang hamil empat bulan bertindak ingin menggugurkan kandungan. Sudah…..

RUJUKAN

BACA  Romeo Beckham Hangat Dating Aktres 15 Tahun Millie Bobbie Brown