Kesihatan

Alat Pelatih Postur Badan Kiper Bantu Elak Terkena Sakit Belakang

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Alat Pelatih Postur Badan Kiper Bantu Elak Terkena Sakit Belakang

Tahukah kamu lebih 80 peratus orang dewasa mengalami masalah sakit belakang hampir setiap hari? Kesalahan posisi duduk sedikit sebanyak menyumbang risiko utama kepada sakit tulang belakang yang dialami si penghidap.

IKLAN

Justeru Kiper Sdn Bhd tampil komited untuk menawarkan beberapa siri inovasi hebat yang berfungsi membaik pulih masalah kesakitan belakang sekaligus mampu menjaga postur tubuh agar terhidar dari sebarang masalah mahupun kesakitan yang berhubung rapat dengan tulang.

Kiper Essentials Shoulder Corrector: RM80. Sumber: Facebook/KiperStore

Terdapat dua pilihan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna, ini termasuklah “Kiper Essentials Lower Back Brace” dan “Kiper Essentials Shoulder Corrector” -mampu meluruskan kembali struktur tulang belakang, leher dan bahu.

Kiper Essentials Lower Back Brace: RM78. Sumber: kiper.store

Setiap satunya diperbuat daripada material erganomik yang mesra pengguna, Pengasas Kiper, Dato’ Dr. Chris Leong mencadangkan supaya alat pelatih postur badan itu digunakan selama 15 minit setiap hari untuk pemulihan maksimum.

Sumber: Facebook/KiperStore

Boleh digunakan saat menonton televisyen, saat bersukan mahupun ketika melakukan aktiviti aktif lain pada bila-bila masa dan di mana jua. Mudahnya inovasi Kiper ini kerana ia boleh dilipat dan disimpan kemas untuk dibawa bersama biarpun saat berlibur.

Tonton Video Pengenalan Alat Pelatih Postur dan Tulang Belakang Kiper

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/KiperStore] manakala, pembelian produk secara atas talian pula boleh dibuat menerusi [kiper.store].

Mulai dari hari ini, jom kita jaga postur dan tulang belakang dengan bantuan Kiper! 

IKLAN