Muzik

Jom Serbu 7 Lokasi Ni Untuk Beli Tiket Blackpink Secara Langsung!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jom Serbu 7 Lokasi Ni Untuk Beli Tiket Blackpink Secara Langsung!

Hai Blinks sekalian!

Pihak pengedar dan penjual tiket sah konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur iaitu MACPIEPRO khabarnya menyediakan penjualan tiket secara langsung di tujuh lokasi sekitar ibu negara dan dua pusat membeli-belah utama di Johor dan Pulau Pinang seperti berikut:-

Sumber: MACPIEPRO
  1. Atria Shopping Gallery – Starbucks
  2. Nu Sentral – Coffee Bean 
  3. Sunway Pyramid – H&M
  4. Mid Valley Megamall – Secret Recipe
  5. Dataran Pahlawan Melaka Megamall – McDonald’s
  6. Paradigm Mall Johor – Starbucks
  7. MCalls Service Centre MMall Penang – Pintu Masuk Utama

Bermula dari jam 12 tengahari, para pembeli dikehendaki bersedia menunggu di tujuh tempat berikut seawal sebelum jam 10 pagi supaya lebih memudahkan sekaligus melancarkan proses jual beli tiket. 

HARGA TIKET KONSERT BLACKPINK IN YOUR AREA KUALA LUMPUR

  • BLINK ZONE: RM693 (berdiri)
  • RED ZONE: RM673 (tempat duduk bernombor)
  • YELLOW ZONE: RM573 (tempat duduk bernombor)
  • PURPLE ZONE: RM483 (tempat duduk bernombor)
  • GREEN ZONE: RM373 (tempat duduk bernombor)
Sumber: MACPIEPRO

BACA: Murah! Harga Tiket Konsert BLACKPINK “Live in Malaysia” Serendah RM373

Jangan risau jika kamu tidak berkesempatan untuk membeli secara langsung kerana tiket masih boleh didapatkan menerusi pembelian atas talian selepas jam 12 tengahari dan ke atas [DI SINI].

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/MacpiePro]

BACA  Kenali Bae Yoon Jung, Choreographer Seksi Yang Cipta Tarian K-Pop Paling Ikonik