Kembara

5 Lokasi Hotel Kontena Cantik Bawah RM200 Untuk Korang Cuba

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Seiring dengan perubahan era, penginapan hotel juga sudah banyak menadaptasi cara yang lebih mudah untuk menawarkan bukan sahaja keselesaan buat si pengembara tetapi juga keseronokan dalam masa yang sama.

Ramai sahaja kaki kembara masa kini yang lebih mementingkan keselesaan berbanding orang dahulu yang rata-ratanya mengutamakan hiasan dalaman gah tatkala memilih tempat penginapan.

Justeru, industri pelancongan di Malaysia kini mengambil insiatif yang lebih moden dengan adanya tawaran-tawaran penginapan berupa kontena atau tiub konkrit untuk mewujudkan pengalaman penginapan yang lain daripada lain buat para pelancong dalam dan luar negara.

Istimewa buat pembaca Wanista, ayuh penulis cadangkan lima hotel kontena tercantik yang menawarkan harga penginapan bawah RM200 semalam. 

#1 Dash Box Hotel Cyberjaya

Dengan melihat gambarnya sahaja pun sudah cukup buat jiwa kita jatuh hati. Biarpun terletak di kawasan bandar yang sedang membangun, Dash Box Hotel ini tetap dilengkapi restoran, gim, kolam renang serta banyak kemudahan lain buat penginap untuk bercanda ria.

Sumber: Booking.com

Jangan tak tahu, sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau bercuti di Cyberjaya seperti syurga membeli-belah Mitsui Outlet, Tasik Putrajaya, Moroccan Pavilion Putrajaya, Taman Botani, Masjid Raja Haji Fisabilillah dan banyak lagi.

Tonton Persekitaran Dash Box Hotel Cyberjaya

Kalau korang nak tahu, Dash Hotel juga ada cawangan di Langkawi dan Seminyak, Bali… namun, harga bilik yang ditawarkan adalah lebih tinggi.

Harga: RM190 ke atas/semalam (untuk 2 hingga 4 orang)

Alamat: Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Malaysia

No. Telefon: 03-8322 7171

Laman Sesawang: dash-hotels.com

#2 Nafas Cube Serdang

Nafas Cube ini terletak dalam kawasan pertanian milik MARDI di MAEPS, Serdang. Bilik penginapan yang disediakan adalah berasaskan kontena yang pastinya nyaman untuk penginapan solo mahupun bersama teman atau keluarga tercinta.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Harga: RM80 ke atas/semalam 

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor

No. Telefon: 012-342 3364

Laman Sesawang: facebook.com/nafascube

#3 Sekinchan Padi Box

Sumber: Booking.com

Teringin nak bercuti sambil dikelilingi kawasan sawah padi untuk aura ala kampung? Mungkin korang boleh cuba menginap di Sekinchan Padi Box ni.

Sumber: Booking.com

Memang aman kalau bercuti di sini sekaligus dapat menyajikan mata dengan pandangan indah alam semula jadi. Dalam masa yang sama, tempat penginapan di sini turut menyediakan kafe buat para pengujung luar atau penginap homestay sendiri. Tak ada masalah kalau korang tiba-tiba lapar nanti.

Sumber: Booking.com

Harga: RM118 – RM158/semalam (untuk 2 hingga 4 orang)

Alamat: Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

No. Telefon: 0193205688

Laman Sesawang: padibox.com

#4 FarmVille Cafe & Homestay

Terdapat banyak pilihan bilik yang mampu menampung 2 hingga 5 dan 6 orang penginap, FarmVille Cafe & Homestay ini turut dikelilingi kawasan sawah padi sama seperti Sekinchan Padi Box. Cuma, kawasan persekitarannya lebih besar bahkan turut dilengkapi kolam renang, padang golf mini serta papan anjal trampolim untuk kemudahan penginap.

Sumber: automachi.com

Bagi kamu yang gemar berkongsi foto-foto instaworthy, memang sesuai sangat kalau nak bercuti di sini sambil relaks dalam keadaan suasana yang tenang berkatarkan alam hijau.

Harga: RM98 ke atas/semalam (2 orang hingga 5 orang)

Alamat: Lot 11304, Kampung Site B Tambahan, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

No.Telefon: 017-206 8666 / 017-206 8666

Laman Sesawang: farmvillehomestay.com.my

#5 Container Hotel KL | Ipoh | Pulau Pinang

Sudahlah murah, rasanya student yang suka travel mesti suka nak cuba menginap di sini.

Deluxe Room: Bilik edisi terhad yang dilengkapi perkakas serta hiasan dalaman bertemakan Benefit Cosmetics. Foto -cittabella.my

Hiasan dalaman setiap kontena dan bilik cabin yang disediakan bercirikan hipster dan palet rona gelap. Bahkan kawasan kelilingnya sangat redup membuatkan ini mungkin tempat penginapan yang paling cozy pernah kamu inap.

Tonton Video Ulasan Container Hotel

Terdapat pelbagai saiz bilik pilihan yang menarik, Container Hotel Group khabarnya memiliki dua cawangan lain selain di KL iaitu di Ipoh dan Pulau Pinang. 

Harga: RM121 – RM150 (2 orang)

Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia

No. Telefon: 03-21104388

Laman Sesawang: live.ipms247.com

Masih nak bercuti walaupun ada tight budget? Bolehlah cuba rasa sendiri pengalaman bermalam di hotel-hotel kapsul atau kontena ni ya.

Selamat bercuti semuanya! ❤

BACA  MUJI Buka Hotel, Ini Harga Dan Dekorasi Minimalis Memikat Wanista