Bukan pertama kali bergandingan sebagai suami isteri yang menghadiri acara-acara fesyen besar sebegini, Fazura sekali lagi tampil bersama Fattah Amin dalam persalinan COACH bagi menghadiri sebuah pementasan fesyen di Shanghai, China.
Menghidangkan para tetamu ternama dengan seleksi helaian dari koleksi Pra-Musim Luruh 2019, pasangan selebriti Malaysia pujaan ramai itu juga merupakan antara undangan yang bertuah kerana diletakkan di bariasan hadapan sepanjang acara pementasan fesyen COACH berlangsung.
Lebih menasyikkan malam germalapan itu apabila keduanya hadir dalam persalinan COACH dari hujung rambut hingga hujung kaki sekaligus, membawakan aura sensasi si individu urban yang tiada tolok bandingannya.
Fazura dilihat mengenakan sepasang sut formal serba hitam rekaan terkini dari COACH -merangkumi seluar berpanel serta blazer yang dihiasi perincian sulaman mewah bermotifkan grafik eksentrik.
Manakala, Fattah Amin pula tampil ranggi dengan helaian jaket kasual yang dipadankan dengan baju-T bercetak rona ungu serta seluar berpotongan lurus bertekstur untuk cetuskan gaya bersahaja.
Tonton Klip Pementasan Fesyen COACH Untuk Koleksi Pra-Musim Luruh 2019 di Shanghai
Untuk keterangan lanjut berkenaan koleksi Pra-Musim Luruh COACH 2019, klik [facebook.com/coach].