Cinta & Perhubungan

Kajian Dunia Dedah Lelaki Korea Paling Ganas?!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kajian Dunia Dedah Lelaki Korea Paling Ganas?!

Kita sering dihidangkan dengan adegan-adegan romantis menerusi filem dan drama-drama Korea. Cara layanan serta emosi yang ditonjolkan watak-watak lelaki dalam K-Drama lazimnya mampu melemahkan jiwa-jiwa wanita yang menontonya.

Tetapi tahukah kamu menerusi satu kajian dunia yang didedahkan Telegraph.co.uk dan StraitsTimes sekitar penghujung tahun lalu menjelaskan lebih 80 peratus lelaki-lelaki berbangsa Korea adalah yang paling ganas dan kurang ajar dari segi perilakunya terhadap kaum wanita? Lihat fakta dan kesannya…

Gif -Tumblr

Lebih Separuh Mengaku Pernah Dera Teman Wanita!

Kajian ini didedahkan sendiri oleh Institut Kriminologi Korea bahawa, seramai 1,593 orang dari 2,000 orang subjek yang menyertai kajian rambang ini mengaku bahawa mereka pernah menggunakan kekerasan terhadap teman wanita. Ini termasuklah penderaan seksual, menyebabkan kecederaan fizikal, menyiksa secara mental dan lain-lain.

Sifat “Overprotected” Punca Keganasan

Nampaknya bukan lelaki dalam kalangan orang kita sahaja yang gemar mengawal aktiviti wanita yang dicintainya…

Ini kerana menurut sumber portal berita Korea Herald, sifat keterlaluan dalam mengongkong aktiviti teman wanita adalah penyebab utama lelaki Korea Selatan diiktiraf sebagai lelaki paling ganas di dunia sehingga sanggup menyebabkan pelbagai bentuk kecederaan terhadap wanita.

Tonton Video Viral Lelaki Korea Heret Teman Wanita Pengsan Dibelasah

Hal itu merujuk kepada pengawalan ketat terhadap aktiviti teman wanita termasuklah menyekat dengan siapa mereka boleh berhubung (sama ada dengan rakan mahupun keluarga si wanita sendiri).

Ciri-Ciri Lelaki Korea Selaku Pendera

Hasil dari kajian serta laporan polis terdahulu yang banyak dibuat mangsa turut menjelaskan bahawa antara ciri-ciri yang sering dimiliki lelaki Korea selaku pendera adalah:-

  • Menelefon teman wanita secara kerap semata-mata untuk tahu di mana teman wanita mereka berada dan dengan siapa teman wanita mereka menghabiskan masa seharian.
  • Melanggar etika peribadi dan kehormatan seorang wanita dengan menyentuh payudara, punggung dan bahagian intim teman wanita tanpa sebaranng keizinan (mencabul).
  • Meletakkan syarat dan cara pemakaian tertentu untuk dipatuhi teman wanita.

Catat Angka Wanita Dibunuh Tertinggi Dari Tahun 2013 Hingga 2017

Menurut laporan yang ditulis Korea Times pula, sebanyak 233 kes pembunuhan wanita berjaya dicatatkan dalam masa lima tahun dari tempoh 2013 hingga tahun lalu. Untuk itu, pihak polis tempatan di Korea Selatan umumnya memperketat pengawalan akses terhadap sumber-sumber dari internet yang sebenarnya banyak mempengaruhi kes-kes penderaan wanita di sana.

Bukan itu sahaja, penyebaran kesedaran juga digiatkan bagi mengurangkan bilangan kes penderaan seksual di tempat kerja serta penderaan fizikal lelaki terhadap pasangan wanita yang kini dianggap norma masyarakat setempat.

Mantan ahli kumpulan KARA, Goo Hara pernah mendedahkan kisah perit dia didera bekas teman lelaki. Sumber: Pinterest

Nampaknya, apa yang korang lihat dalam drama tu memang cuma lakonan dan fantasi semata… Hakikatnya, “indah khabar dari rupa” betul tak?

LEBAM SATU BADAN: Antara foto-foto kecederaan Goo Hara. Sumber: Dispatch

Hal ini boleh dikaitkan dengan kes penderaan fizikal yang pernah melanda seorang bekas K-pop Idol wanita dari kumpulan KARA iaitu Goo Hara -tampil mendedahkan foto-foto kecederaan serta hasil rawatan yang diterima dari pakar ortopedik selepas didera tanpa belas kasihan oleh bekas teman lelaki yang khabarnya merupakan seorang juririas rambut profesional.

Ada ke yang masih crush dengan lelaki Korea? Apa-apa pun jangan kecam penulisan ni okay. Semua makluman adalah berdasarkan kajian 🧐 

RUJUKAN 1, 2, 3, 4