Tips

Wanista Kongsi Sebab Kenapa Perempuan Tak Suka/Malas Mandi

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Wanista Kongsi Sebab Kenapa Perempuan Tak Suka/Malas Mandi

Kamu… Kamu… Kamu

Eiuwww berbau tau siapa yang jenis malas dan tak suka mandi tu. Lagi-lagi bila hujung minggu, memang payah nak mandi. Tak tahu kenapa. Ada tak sesiapa yang macam ni? Selagi tak gelap selagi tu tak mandi, selagi tak keluar rumah sanggup pakai pajama tidur. Walaupun seharian tapi selesa yang amat…

Lelaki menjadikannya begitu mudah – mandi memadai kira-kira 5 hingga 7 minit tetapi perempuan punya masa untuk melakukan sesuatu. Adakalanya dalam ketika nak mandi sempat menyental bilik air… Mesti ada yang pernah buatkan?

Giphy

Nak tahu kenapa ramai perempuan tak suka mandi… ini sebabnya..

Cuci Rambut

Ini mungkin sangat kotor tapi anda tidak boleh mencuci rambut setiap hari dan hal ini diakui oleh pakar sendiri. Memadai 3 kali seminggu, hal ini kerana ia hanya akan membuatkan rambut kering dan seterusnya rosak. Malah, rahsia rambut cantik wanita Paris ialah tidak kerap mencuci rambut.

Tak percaya, baca di sini – Ini Cara Wanita Perancis Jaga Rambut. Korang Pun Boleh Ikut!

BACA  Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan?

Sejuk

Siapa sanggup mandi air sejuk, lagi-lagi di waktu pagi, punyalah payah kita nak mandi. Ditambah pula ketika cuaca sejuk dan tiada heater, memang terasa seksa mahu mandi. Perempuan perlukan 20 minit ke 40 minit untuk menyiapkan diri tapi bila berdepan dengan air sejuk, memang semua benda tak jalan. Sanggup cuci muka dan apa yang perlu sahaja. Mesti biasa lakukan ini, bukan?

Nak Bersiap

Bila mandi, perlu bersiap…hurmmm. Kenapalah leceh! Tidak semestinya kita tak suka mandi tapi proses selepas itu yang membuatkan kita stress. Hanya kerana kamu mandi mengambil masa 20 minit, itu tidak bermakna kamu sudah selesai. Rambut perlu dikeringkan, dilurus, dikerinting, disikat, digaya – bayangkan macam-macam kerja untuk rambut sahaja. Itu belum masuk memakai pakaian lagi, tidak hairanlah kenapa ramai perempuan lambat kalau bab bersiap.

Jadi, jangan salahkan kami kalau lambat ye…. Tapi si perempuan setuju ke dengan Wanista?