Info Menarik

Tiga Cara “Seram” Orang Dulu-Dulu Guna Untuk Tahu Keperawanan Gadis

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tiga Cara “Seram” Orang Dulu-Dulu Guna Untuk Tahu Keperawanan Gadis

Rasanya isu dara dan keperawanan seseorang wanita ini sentiasa menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila bercerita tentang hal yang bersangkut-paut dengan isu pencarian pasangan ideal dalam kalangan lelaki di luar sana.

Namun, ramai sebenarnya yang tidak faham secara terperinci bahawa untuk menentukan keperawanan seorang gadis dengan berlandaskan dara adalah tidak langsung munasabah. Ini kerana, terdapat kemungkinan bayi perempuan lahir tanpa selaput dara bahkan, aktiviti lasak yang dilakukan seseorang gadis juga bisa menyebabkan dara hilang (terkoyak).

Sumber: Tumblr

Dara atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai “Hymen” adalah sejenis selaput nipis yang menutup sebahagian rongga faraj. Untuk mengetahui penerangan terperinci tentang selaput dara, boleh baca artikel Wanista yang terdahulu.

BACA: Fakta Tentang Selaput Dara Yang Korang Kena Tahu!

Berbalik kepada topik keperawanan, ada sesuatu yang menarik perhatian penulis untuk mencari tahu lebih lanjut tentangnya. Tahukah kamu orang dulu-dulu begitu obses tentang mengenal pasti keperawanan seseorang anak gadis?

Sumber: Google Images

Ada pula, dalam masyarakat Melayu kuno umunya… orang-orang tua mewajibkan anak-anak gadis mereka untuk menjalani upacara-upacara pelik bagi mengetahui status keperawanan si gadis. Menurut penulis, ini tiga cara paling seram yang pernah diamalkan suatu ketika dahulu.

#1 Picit Tumit

Dengar cerita, ini cara paling mudah untuk orang dulu-dulu tahu keperawanan seseorang wanita itu. Hujung tumit kaki akan dipicit dan lihat… kalau darah kembali merebak dengan cepat, itu tandanya seseorang wanita itu masih dara manakala jika darahnya lambat mengalir, seseorang wanita itu sudah tidak dara.

“Cuba bayangkan… kau nak kahwin dan mak kepada pasangan kau tu tarik kaki kau lalu picit tumit kaki kau semata-mata nak periksa adakah kau masih seorang dara. Ha, takut tak? Orang dulu-dulu memang pelik. Buatnya kau sebenarnya memang masih dara tapi kebetulan darah kau sejenis darah yang pekat likat… habislah.”

Mengikut kewarasan, cara ini kelihatan tidak masuk akal… Mana pula mungkin aliran darah di tumit kaki mempunyai hubung kait dengan adanya selaput dara betul tak? Wallahu a’lam

#2 Cadar Putih

Rasanya semua orang tahu tentang cara yang ini. Jika kamu seorang pengantin perempuan, jaga-jaga kerana pada malam hari selepas majlis, kamu akan disuruh tidur bersama suami di atas katil yang sudah dibentangkan hamparan kain atau cadar berwarna putih bersih. Ini boleh memastikan keperawanan seseorang wanita itu.

Sumber: Tumblr

Jika keesokan paginya terdapat tompokan darah pada cadar putih tersebut, ia menandakan kamu masih dara manakala, jika cadar tersebut bersih tanpa tompokan darah… kamu mungkin akan dianggap “jalang” oleh keluarga sendiri dan pasangan.

#3 Potong Andam 

Ini boleh dikira sebagai satu adat ritual yang dikelolakan oleh mak andam dulu-dulu untuk mengetahui keperawanan seseorang bakal pengantin. Tujuan asal ritual ini dibuat adalah untuk menegakkan hak pengantin lelaki dalam mendapatkan seorang perempuan atau wanita yang baik dari segi akidahnya sekaligus masih suci (belum pernah disentuh lelaki).

Tonton Filem Pendek Tentang Ritual Potong Andam

Caranya, Mak Andam akan memotong sedikit anak rambut dan menabur helaian rambut yang dipotong tadi atas kain. Jika helaian rambut itu kemas bergumpal, bermaksud bakal pengantin masih dara namun jika rambut tersebut bersepah, ia bermaksud pengantin itu sudah tidak perawan lagi. Sejauh mana keberkesanan cara ini menentukan keperawanan anak dara dulu-dulu… penulis sama sekali tidak mampu memastikannya.

Sesungguhnya, semua ini adalah kepercayaan orang dulu-dulu semata. Maklumlah, bangsa Melayu kan kaya dengan adat tetapi adalah haram untuk kita lakukannya di era masa kini kerana kita haruslah mengutamakan agama berbanding kepercayaan adat semata. 

Katakanlah, kalau kamu bakal menjadi pengantin zaman dahulu dan harus mengharungi semua proses ini, seram tak? ❤

RUJUKAN – Buku berjudul “Malay Wedding Don’t Cost $50 & Other Facts About Malay Culture”